Famili

“Oh..Suri Rumah Je?”- Ini Antara 30 Tugasan Seorang Isteri/Ibu Yang Tak Ternilai!

23
SHARES

Tugas seorang suri rumah nampak kecil saja di mata orang yang tersalah menilai namun, impaknya amatlah besar dalam sebuah institusi kekeluargaan.

Kalau ada mulut-mulut pedas di luar sana yang memandang rendah terhadap tugas mulia isteri anda, ini yang perlu anda katakan kepada mereka seperti yang dikongsikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad di bawah.

Bak katanya, suri rumah bukan sahaja penyeri rumah tangga malah, kalian merupakan jantung hati suami dan anak-anak.

Baca juga: ‘Aku Pon*** Pun Sampai Mekah’- Jadikan Ziarah Ke Baitullah Sebagai ‘Trend’ Perkara Membimbangkan

“OH..SURI RUMAH JE?”- INI ANTARA 30 TUGAS SEORANG ISTERI/IBU YANG TAK TERNILAI!

Gambar hiasan: Masala!

TUGAS:

1. Jadi Isteri.

2. Hamil 9 bulan 10 hari.

3. Melahirkan.

4. Membesarkan, menyusukan.

5. Mendidik, mengasuh, mengajar.

6. Menyuap, tateh serta didikan tentang pakaian, percakapan, adab, agama.

7. Tukang beli barang dapur.

8. Tukang kemas bilik tidur.

9. Tukang kemas mainan anak.

10. Tukang urut suami.

11. Tukang garu anak.

12. Tukang masak 6 kali sehari.

13. Tukang semak anak-anak belajar.

14. Kepala polis disiplin anak-anak.

15. Kemas 1 rumah dari pagar sampai pintu belakang.

Gambar hiasan: iStock

16. Jadi guru paling tinggi ilmunya.

17. Kadang-kadang jadi polis mencari barang hilang atau tak jumpa baju seluar suami.

18. Tiba-tiba jadi nurse jika anak atau suami tidak sihat.

19. Juga tiba-tiba jadi pelayan, tukang masak serta tukang cuci mak nenek pinggan mangkuk jika ada tetamu bertandang.

20. Pakar motivasi suami, anak-anak yang ada masalah, stress.

21. Pengurus rumah sukan anak-anak.

22. Ustazah, guru mengaji.

23. Pegawai farmasi tukang sedia vitamin bagai.

24. Tetiba jadi bisneswoman bantu suami cari duit.

25. Pangg jadi penyanyi nasyid pula nak tidurkan anak.

26. Sesekali jadi bomoh keringkan kasut kat belakang peti ais, keringkan spender anak guna sterika.

27. Bling tetiba jadi Astro Awani sentiasa tahu berita semasa.

28. Tukang tulis kerja sekolah anak dari group whatsapp cikgu.

29. Guru kaunselor nak hadap anak-anak baru baligh.

30. Jadi pemandu hantar ambil anak sekolah.

GAJI:

Sekadar apa yang diberi. Kadang tak ada.

BILA MULUT ORANG MENGATA “SURI RUMAH JE?”, INI ANDA PERLU BALAS!

Gambar hiasan: PesonaPengantin

Jika ada yang kata “suri rumah je?”

Jawablah senarai di atas. Disebalik seorang suri rumah, mereka adalah manusia paling bijak menguruskan kehidupan suami dan anak-anak.

Ibu saya, ibu mentua saya, semua suri rumah.

Saya sangat bangga dengan mereka. Sangat-sangat bangga.

Buat semua suri rumah, kalian bukan sahaja penyeri rumah tangga, kalian juga adalah jantung hati suami dan anak-anak.

Kami bersyukur dapat isteri yang sentiasa bantu kami. Saya juga berharap para suami dapat bantu isteri masing-masing selepas melihat banyaknya tugas mereka. Kita usaha okeh!

Begitulah.

Sumber: Facebook Khairul Hakimin Muhammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×