Deko & Hias

Idea Susun Atur Meja Solek Supaya Nampak Lebih Kemas & Cantik

2
SHARES

“Alat solek banyak-banyak ni macam mana nak kemas ha? stressnya!!!”

Macam itu lah lumrah seorang wanita, majoritinya, apabila mempunyai alat solek yang banyak sampai tak tahu mana nak letak.

Setiap kali keluar, tiap kali tu mesti ada je yang nak beli. Memang bahaya! Tapi nak buat macam mana, dah kalau pantang nampak ada saja nak dibelinya. Lagi pula bila tiba musim jualan murah, memahami sangat.

Baca juga: Tips Susun Atur Stesen Buat Air Lebih Kemas, Barulah Macam Kafe!

IDEA SUSUN ATUR MEJA SOLEK

Oleh itu, kami ingin kongsikan idea menyusun atur meja solek daripada Hani Mynis supaya nampak lebih kemas dan teratur. Lepas ini takda lagi kelam kabut nak mencari alat solek anda. Jom baca!

Ruangan meja solek bertujuan dijadikan satu pusat di mana diletakkan semua barang penjagaan diri dan tempat untuk kita menyediakan diri seperti bersolek atau membuat rutin penjagaan muka.

Meja solek tak perlu mahal-mahal. Memadai sebuah cermin dan sebuah meja atau para untuk diletakkan barang. Lagi banyak barang lagi banyak ruang penstoran diperlukan supaya setiap barang ada rumahnya.

Hani kongsikan tips untuk susun atur barang-barang di ruangan meja solek ya:

1. GUNAKAN  PENYUSUN ATUR

Paling mudah, gunakan bakul untuk setiap kategori. Pastikan penyusun atur yg dipilih maksimumkan penggunaan ruang meja solek yang ada.

Hani dah pernah kongsikan idea penyusun atur.

2. SUSUN MENGIKUT KATEGORI

Ini kategori cadangan hani:

– Penjagaan kulit (muka) / skincare – boleh susun mengikut sub kategori mengikut turutan penggunaan. Contoh nya oil cleanser, facial wash, exfoliater / scrub, toner, essense, serum, mask, eyecream, moisturiser, sunscreen.

– Penjagaan kulit (badan)

skrub badan, lotion badan dan lain-lain.

– Penjagaan kuku – termasuk set manicure, pedicure.

– Kosmetik / alat solek – boleh susun mengikut sub kategori penggunaan seperti untuk mata, muka, bibir dan sebagainya. Juga boleh disusun mengikut turutan penggunaan nya.

– Penjagaan rambut dan kulit kepala – serum, tonic, berus, sikat dan lain-lain.

– Kategori stok barang-barang iaitu kapas muka, makeup wipes dan lain-lain.

Ha baru nampak cantik kawasan meja alat solek kita. Lebih mudah nak mencari dan tidak membuang masa. Jadi, selamat menghias semua!

Sumber: Facebook Hani Mynis

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×