Famili

Tips Susun Atur Stesen Buat Air Lebih Kemas, Barulah Macam Kafe!

28
SHARES

Siapa yang tak nak bila masuk ke dalam rumah sahaja, rumah dalam keadaan kemas dan teratur baru lah sejuk mata kita memandang. Nak pulak bagi mereka yang suka memasak, pastinya inginkan kawasan dapurnya sentiasa lawa. Baru la mood nak memasak tu bertambah semangat dan gembira.

Bagi memastikan dapur dalam keadaan terjaga, menyediakan ruang membuat air adalah salah satu langkah memastikan keadaan dapur lebih kemas dan bersih. Hal ini kerana, aktiviti membuat air berlaku di satu tempat sahaja serta dapat mengelakkan tempat lain di bahagian dapur menjadi sepah.

Baca juga: Suami Buatkan Kabinet Dapur Baru, Mudahkan Isteri Berkerusi Roda

TIPS SUSUN ATUR STESEN BUAT AIR LEBIH KEMAS

Menurut perkongsian daripada Hani Mynis, untuk membina ruang membuat air tidak perlulah berhabis duit membeli peralatan yang mahal atau canggih. Cukuplah sekadar apa yang ada seperti menggunakan semula bakul atau dulang yang ada di rumah untuk meletakkan barang di dalamnya.

Oleh itu, beliau kongsikan beberapa idea untuk menjadikan stesen membuat air lebih teratur seperti gambar ruang membuat air beliau di atas. Mari kita baca!

1. SEDIAKAN SATU STESEN DI BAHAGIAN DAPUR

– sama ada basah atau kering, kebiasaanya jika yang ada dapur kering akan mengadakan stesen ini di bahagian dapur kering.

2. PASTIKAN STESEN YANG DIPILIH BERDEKATAN DENGAN POWER PLUG

– Bagi peralatan seperti penapis air, jug elektrik atau mesin kopi.

3. TEMPATKAN SEMUA KEPERLUAN MEMBUAT AIR DI STESEN INI

– Mesin penapis air.

– Mesin membuat kopi.

– Jug elektrik atau cerek.

– Bahan membuat air seperti kopi, gula, teh dan lain-lain.

– Boleh juga tempatkan susu dan botol susu anak di stesen ini.

– Cawan, mug, gelas dan lain-lain perkakas untuk membuat air.

TIPS LAIN UNTUK DAPUR LEBIH TERATUR

– Gunakan penyusun atur jika perlu untuk ruang yang lebih kemas.

– Pilih bekas penstoran untuk bahan seperti kopi, gula, teh yang sepadan. Sepadan tak semestinya seragam ya, ikut kepada pilihan setiap individu.

– Label, sangat memberi perbezaan yang ketara. Selain dari memudahkan, juga dapat memberi kesan visual yg menarik.

PENYUSUN ATUR YANG BOLEH DILETAKKAN DI RUANGAN INI

– Penyusun atur cawan, mug dan gelas

– Penyusun atur untuk pod kapsul mesin kopi

– Penyusun atur untuk uncang teh

Tips dah diberi, jadi apa tunggu lagi! Mari menghias stesen membuat air. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Susun Atur by Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×