Famili

Suami Buatkan Kabinet Dapur Baru, Mudahkan Isteri Berkerusi Roda

225
SHARES

Seperti yang kita tahu kehidupan berumah tangga sememangnya harus saling melengkapi dan memahami antara satu sama lain. Ini merupakan kunci utama dalam memastikan hubungan sentiasa kekal bahagia.

Hal ini dapat disamakan dengan perkongsian seorang isteri yang memaparkan suami tercinta sanggup membuat sendiri kabinet dapur untuk isteri yang berkerusi roda. Usaha dan penat leleh si suami mencuri tumpuan warganet dan rata-rata memuji tindakan suaminya itu.

Baca juga: “Setiap Malam Isteri Tanya Nak Bekal Apa”- Suami Luah Rasa Sebak & Syukur Dikurniakan 2 Isteri Hebat

SUAMI BUATKAN KABINET DAPUR BARU, MUDAHKAN ISTERI

Saja nak berkongsi dengan kawan-kawan projek tukang daripada suami saya. Dia buatkan kabinet dapur yang bersesuaian dengan saya yang berkerusi roda (wheelchair).

Oleh sebab bajet kami tak besar so suami cubalah untuk buat sendiri. Setakat mana yang dia mampu buat, semua belajar dari youtube.

Barang diperlukan:

Beliau juga turut berkongsi kabinet dapur yang lama dan sudah tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk isterinya yang berkerusi roda.

Proses pembuatan:

– Proses gam sambung kayu.

– Proses tebuk lubang untuk singki dan dapur gas.

– Welding buat rangka kabinet.

Pada bahagian laci, beliau menggunakan sticker untuk menambah seri dan juga pemegang laci perlu dispray menggunakan warna gold kerana warna asalnya ialah hitam.

Akhirnya siap dan sedia untuk digunakan oleh isteri tercinta. Besar pergobanan seorang suami dalam memastikan isteri sentiasa dalam keadaan selesa.

Sumber: Facebook Maria Ariana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×