Bila keputusan SPM dah keluar atau anak baru selesai fasa persekolahan, ibu bapa selalunya mula berserabut memikirkan masa depan mereka.
“Kalau sambung belajar, yuran tinggi.”
“Kalau terus kerja… risau pula sekadar kerja kilang atau restoran tanpa ada masa depan.”
Dilema ini biasa sangat berlaku. Mana-mana ibu bapa semestinya inginkan yang terbaik, bukan sekadar mahu anak ada pendapatan sendiri tetapi nak tengok anak timba kemahiran, bina keyakinan diri serta ada hala tuju kerjaya yang terjamin.
Buat ibu bapa, jangan bimbang. zaman sekarang laluan kerjaya dah makin pelbagai? Kerja pertama anak tidak semestinya sekadar “kerja sambilan”. Sebaliknya, ia boleh jadi tapak permulaan kepada kerjaya yang jauh lebih besar!
1. KERJA LEPAS SPM TAK SEMESTINYA BERHENTI BELAJAR

Ramai yang masih menganggap bekerja di sektor perkhidmatan atau restoran makanan segera hanyalah tugas sementara ambil pesanan, cuci meja, atau masak di dapur. Namun, persepsi ini sebenarnya sudah jauh ketinggalan.
Melalui laluan berasaskan industri seperti Akademi Dalam Industri (ADI), anak-anak muda sebenarnya berpeluang menjalani laluan “Kerja Sambil Belajar” (Earn While You Learn):
- 70% latihan praktikal dan 30% kelas teori: Peserta dapat mempelajari kemahiran melalui pengalaman kerja sebenar, di samping mengikuti pembelajaran teori.
- Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya: Kos pengajian ditanggung oleh McDonald’s, sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan peserta dan keluarga.
- Elaun bulanan RM1,700: Peserta menerima elaun bulanan sebanyak RM1,700 dan turut layak menerima bayaran kerja lebih masa (OT) serta insentif prestasi. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut disediakan.
- Penginapan asrama disediakan di lokasi terpilih: Kemudahan ini boleh membantu peserta yang memerlukan tempat tinggal sepanjang mengikuti program.
- Pentauliahan persijilan kemahiran: Selepas berjaya menamatkan program selama 18 bulan, peserta akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3), dengan peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tertakluk kepada syarat berkaitan.
Selain kemahiran teknikal, peserta juga berpeluang membina kemahiran insaniah seperti komunikasi, disiplin, kepimpinan dan pengurusan masa. Semua ini penting untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan serta meningkatkan kebolehpasaran pada masa hadapan.
2. Bukan Sekadar Bekerja, Tetapi Ada Peluang Membina Kerjaya
Apabila melibatkan masa depan anak, ibu bapa pastinya mahu melihat hasil yang jelas daripada setiap peluang yang diberikan.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia dilaporkan telah melahirkan hampir 5,500 graduan. Daripada jumlah tersebut, lebih 80% memilih untuk meneruskan kerjaya bersama McDonald’s, manakala lebih 250 graduan telah dinaikkan pangkat ke peringkat penyelia dan pengurusan.
Angka ini menunjukkan bahawa pengalaman bekerja boleh menjadi asas untuk membina kerjaya yang lebih panjang, terutama apabila disertai latihan dan peluang perkembangan yang bersesuaian.
Bagi anak muda yang mungkin belum berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atas faktor kewangan atau keadaan keluarga, program seperti ini juga boleh membuka ruang untuk mereka memperoleh kelayakan kemahiran sambil mengumpul pengalaman kerja.
Malah, kejayaan menamatkan program dan menerima sijil kemahiran boleh menjadi pencapaian yang membanggakan, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga buat ibu bapa yang sentiasa menyokong perjalanan mereka.
3. DARI KERJA PERTAMA KE PUNCAK KERJAYA SEBENAR

Perjalanan kerjaya bukannya satu garis lurus yang sama untuk semua orang. Bekerja di restoran McDonald’s menerusi Akademi Dalam Industri (ADI) membuka mata masyarakat bahawa persekitaran kerja harian sebenarnya adalah “bilik darjah” paling bernilai.
Anak bukan sahaja membawa balik elaun bulanan untuk meringankan beban keluarga, tetapi turut membawa pulang kemahiran hidup, sijil diiktiraf kerajaan, dan laluan kerjaya yang cerah.
Kerja pertama tak semestinya destinasi akhir. Kadang-kadang, ia cuma langkah pertama untuk melangkah lebih jauh.
Untuk maklumat lanjut mengenai program latihan, sijil diiktiraf, dan peluang kerjaya menerusi Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia, anda boleh layari laman web rasmi McDonald’s Malaysia.
