Deko & Hias

DIY Kusyen Kerusi Kayu Guna Balutan Ini, Bila Kotor Tinggal Lap Sahaja Semudah 123!

91
SHARES
kusyen kerusi kayu

Apabila masuknya bulan Ramadan, sudah semestinya umat Muslim akan meraikan bulan Syawal pula. Maka, tidak hairanlah jika di bulan ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk menghiasi rumah seperti memperbaiki perabot lama. Sebagaimana dengan idea DIY kusyen kerusi kayu yang ada di bawah ini.

Idea DIY kusyen lama ini telah dikongsikan oleh Puan Syahidatul Fitria. Menurutnya, membalut kusyen dengan jenis fabrik ‘magik’ ini akan lebih memudahkan urusan sekiranya ia kotor. Malah, masalah tahi lalat pun boleh dihindarkan.

Baca juga: Ajaib! Hanya Guna Sabun Ini Sahaja, Baju Putih Lusuh & Kotor Terus Putih Bersih!

DIY KUSYEN LAMA

kusyen kerusi kayu

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, hari ini nak kongsi cara DIY kusyen lama bertukar jadi superb gaya baru ala sofa gitu haha.

Setiap proses ada pada gambar, video nak balut kusyen pun Ida sediakan sekali supaya lebih jelas. Bestnya bila tukar sarung kepada material kulit ni, kalau ada anak-anak kecil umi tak payah risau dah.

Air tumpah? Tidur keluar air liur basi? Tangan berminyak pegang kerusi? LAP SAHAJA dengan tisu basah atau kain.

Kesan peluh timbul tahi lalat pun tak perlu risau dah, kalau fabrik kain yang lama tu confirm lama-lama jadi hitam bila buat lapik kepala nak baring kan? Paling best, jimat tak perlu tukar baru kalau hari Raya tu.

Baiklah, sarung kusyen jenis kulit ni beli dekat shopee, untuk balut 8 biji kusyen (4seat) saya ambil 10 unit (1 unit = 50cm) warna coklat. Masa chat seller tu, beliau cadangkan ambil 20 unit mungkin beliau faham saya nak balut penuh kusyen tu.

Selamat mendeko!

Baca juga: Hiasan Dinding Raya DIY Stail ‘Wall Mirror’, Confirm Mata Tak Lepas Tengok Diri Sendiri!

CARA DIY KUSYEN KERUSI KAYU

Langkah pertama

Guna kertas pasir gosok dekat semua bahagian kerusi terutamanya part ‘lengan’ tu, kuat betul berdaki.

kusyen kerusi kayu

Langkah kedua

Kemudian, syelek kerusi. Saya guna redwood (if not mistaken) tapi ikut selera masing-masing macam mana sebab semua warna syelek kayu ni cantik-cantik, boleh tengok display tu dekat kedai hardware.

Kemudian, syelek kerusi. Saya guna redwood (if not mistaken) tapi ikut selera masing-masing macam mana sebab semua warna syelek kayu ni cantik-cantik, boleh tengok display tu dekat kedai hardware.

kusyen kerusi kayu

Abah kata nak syelek, tangan kena lembut tak boleh keras nanti hasil tak cantik nampak garis-garis kalau tekan kuat. Okay siap bahagian kerusi.

kusyen kerusi kayu

Baca juga: DIY Langsir Kabinet Dapur (Table Top) Dengan 3 Barang Sahaja, Masih Sempat Berdeko Raya!

Langkah ketiga

Bahagian kedua:kusyen. Sarung lama tu tak payah buang sebab kita nak ‘tarik’ kain tu untuk stapler pada papan lapis.

Beli plywood sekeping besar nanti ambil kusyen letak atas plywood nak ukur. Papan tu jangan melebihi saiz kusyen, sebabnya kalau lebih dari saiz kusyen tak muat pula nak letak atas kerusi.

kusyen kerusi kayu

Plywood potong guna pemotong khas untuk plywood tu sendiri (beli di DIY). Pastikan masa nak stapler tu, kita duduk atau tekan dengan lutut supaya kusyen tu jadi mampat elok. Tarik sarung kusyen sambil stapler terus pada plywood.

Dah siap lekatkan plywood, kita ukir saiz fabrik pulak. Saya buat jarak 7 inci dari kusyen supaya bila balut, kita boleh lipat ke dalam lebih kurang seinci atau lebih. Macam jahit baju tu.

Langkah keempat

Nak balut ni kena kreatif la sikit, macam balut buku teks. Lipat kemas, tarik biar ketat elok dan pastikan kena duduk atas kusyen tu supaya nanti tak menggelebeh. Nanti tengok video la ya untuk lagi jelas.

kusyen kerusi kayu

Siap!

kusyen kerusi kayu

Umi tak perlu ganti sarung dah kalau hari raya! Kalau berhabuk atau air tumpah ke boleh lap je tak perlu jemur panas. Wow sangat kan?

Baca juga: Cara Halau Babi Hutan Yang Selalu Rosakkan Kebun, Kalau Berani Guna Cara Nombor 2!

Sumber: Facebook Syahidatul Fitria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×