Deko & Hias

Mangkuk Jamban Dah Berkarat Macam Zaman Kuno, Rupanya Guna Barang Ini Karat Hilang Sekelip Mata!

64
SHARES

Mangkuk jamban telah berkarat dan tidak tahu bagaimana untuk menghilangkannya? Jangan risau kerana penulis telah menemui satu kaedah yang mudah untuk anda cuba. Bukan sekadar dalam mangkuk jamban, malah kesan karat di tempat lain sekitar bilik air anda pun boleh hilang.

Keadah ini telah dikongsikan oleh saudara Zakwan Anwar melalui pengalamannya dengan hanya menggunakan kertas pasir 1000Cw. Katanya, glaze pada ceramic tidak hilang dan kusam. Malah, chrome di lever cistern pun bersih berkilat walaupun sudah berbintik dan berlumut.

Baca juga: Gosok Jangan Tak Gosok! Suami Teruja Isteri Kongsi Cara Hilangkan Kotoran Minyak Tupperware, Menjadi!

TEMPAT LAIN PUN BOLEH CUBA DISENTAL MENGGUNAKAN KERTAS PASIR!

Gambar: Mangkuk jamban sebelum (kiri) menggunakan kertas pasir dan selepas (kanan) disental menggunakannya.

Sekadar berkongsi pengalaman cuci toilet rumah lama tak berpenghuni hari ni.

Bermodalkan sand paper gred 1000Cw, sekejap je hilangkan kesan karat (rust) pada toilet bowl dan tiles. Bukan mold, mildew atau stain yang biasa macam najis. 

Yang penting glaze pada ceramic tidak hilang (tak jadi kusam). Lagi kilat berdenting-denting ada lah. Chrome dekat lever cistern tu pun dapat naik seri balik even chrome lama tu sudah berbintik dan berlumut.

PROSES MEMBERSIHKAN:

1. Pastikan kertas pasir dan permukaan tu dibasahkan waktu menggosok.

2. Jangan gosok dalam keadaan kering.

Mana tahu ada yang mengalami problem yang sama boleh la try.

BUKAN SEKADAR MANGKUK JAMBAN, KARAT DI TEMPAT LAIN JUGA HILANG!

1. KESAN KARAT PADA TILES

Gambar: Kesan karat sebelum (kiri) dan selepas (kanan).

2. KESAN BINTIK & LUMUT PADA CHROME DI LEVER CISTERN

Gambar: Daki dan lumut lama (kiri) dan selepas digosok menggunakan kertas pasir (kanan).

Gambar: Sebelum (kiri) dan selepas digosok menggunakan kertas pasir (kanan).

Sumber: Facebook Zakwan Anwar via Tukang Apa Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×