Asuh

Tips Bersihkan Muntah Anak Atas Karpet, Kesan & Bau Hilang Terus Dengan Cara Ini!

12
SHARES

Apabila anak kecil termuntah di atas karpet rumah anda, jangan dimarahkan kerana mereka pun tidak sengaja. Sabar itu penting. Dalam masa tengah risaukan anak, mesti anda pun risaukan karpet yang dah kotor dan berbau muntah itu kan?

Tidak perlu khuatir kerana anda boleh ikuti tips mudah yang dikongsikan oleh saudara Ben Safwan ini. Ia memerlukan beberapa langkah tetapi ternyata berkesan untuk menghilangkan jenis najis ini. Bau tiada, kesan pun hilang. Boleh tersenyum dan guna lagi karpet itu.

Baca juga: Doktor Kongsi Tips Untuk Anak Mudah Tidur, Baru Lena & Berkualiti!

JANGAN MARAH ANAK BILA TERMUNTAH, BUKAN SENGAJA PUN…

Gambar: Hasil akhir. Bila buat dengan langkah yang betul dan teratur.

Sebab tu Mem cakap Ben penyabar walau tegas dengan anak-anak. Bagi Ben kalau nakal baru marah tapi kalau termuntah atas karpet sofa, bukan sengaja. Tak patut marah.

So mari Ben tunjukkan macam mana Ben handle sampai hilang terus kesan dan bau muntah atas carpet.

TIPS BERSIH KESAN & BAU MUNTAH DI ATAS KARPET

1. JANGAN TERBURU-BURU ANGKAT, BIARKAN ANAK MUNTAH PUAS-PUAS

Gambar: Bagi je muntah. Fuhhh boleh tahan bau dan banyak. Kesian Benjunior.

Biarkan anak muntah puas-puas dulu. Tak perlu rushing nak angkat ke toilet. Nanti habis bertaburan tempat lain.

Fikir dulu mengenai material yang kena muntah. Contoh carpet = benang/fiber. So kena cuci sampai ke serat-serat benang.

Ben suruh Mem uruskan Benjunior ke toilet. Sementara Ben akan uruskan kawasan muntah ni.

2. LAP MUNTAH DENGAN TISU HINGGA BETUL HILANG BAU

Gambar: Sediakan peralatan dulu. Tisu tu guna untuk ambil lapisan atas muntah ya. Terus masuk plastik.

Ambil muntah dulu dengan tisu, masuk terus dalam plastik. Buat sampai habis lapisan atas muntah. Sampai tiada air milo pekat berbau masam, nasi, ayam-ayam.

3. ULANG LANGKAH INI 3 HINGGA 4 KALI

Gambar: Gosok stain mop tu dengan garpu biar serap masuk ke semua finer. Gosok membulat, bolak-balikkan fiber karpet.

Baru spray Magic Clean Stain Mop. Spray ke semua lapisan terlibat. Biar 1-3 minat baru ambil garpu tonyoh membulat sampai ke serat. Lap dengan kain membulat biar bersih semua benang karpet.

Kain tadi bilas dengan air dan tukar air setiap kali bilas. Ulang langkah 3 ini 3-4 kali. Sampai kesan air milo muntah dah tiada.

4. ULANG LANGKAH INI 2 HINGGA 3 KALI

Gambar: Yang ini guna selepas stain mop tu tadi untuk mencuci lebihan dan hilangkan bau.

Ambil Magic Clean Kitchen yang hijau dan spray rata. Lepas itu, ambil garpu dan tonyoh biar semua serat fiber karpet bersih.

Lap dengan kain membulat biar bersih semua benang karpet. Kain tadi bilas dengan air dan tukar air setiap kali bilas.

Ulang langkah 4 ni 2-3 kali sampai tiada bau muntah.

5. AMBIL AIR PANAS & LAP DENGAN KAIN BARU

Gambar: Tengok air kotor tu. Tukar selepas 1 kali guna.

Baru ambil air panas dan ratakan ke semua bahagian bila nampak bersih pada pandangan mata. Bagi suci.

Lepas itu, lap dengan kain baru dan tonyoh membulat biar kena semua kawasan.

6. GUNA WET VACUM SEDUT AIR BERULANG KALI

Gambar: Mulakan proses vacuum lebihan air panas.

Baru Ben ambil wet vacuum dan sedut air berulang kali sambil lap dengan tuala. Akhirnya bersih muntah. Bau muntah tiada, bau pencuci tiada dan Mem tersenyum tengok kerja Ben.

Begitulah cara nya. Boleh Ben keluar kayuh basikal dengan rileksss.

Sumber: Facebook Ben Safwan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×