Asuh

Doktor Kongsi Tips Untuk Anak Mudah Tidur, Baru Lena & Berkualiti!

5
SHARES
tips anak mudah tidur

Tidur merupakan aktiviti wajib yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, terutamanya anak kecil yang sememangnya sedang berada di dalam fasa tumbesaran. Disebabkan itu, dengan mengikuti tips anak mudah tidur ini si kecil akan memperoleh tidur yang lena dan berkualiti.

Malah, ada kajian mendapati anak yang tidak mendapat tidur yang cukup berisiko tinggi untuk mendapat beberapa penyakit. Justeru itu, ikuti saranan yang dikongsikan oleh Doktor Redza Zainol seperti di bawah untuk memastikan anak mudah tidur pada waktunya.

Baca juga: Jangan Gopoh! Nak Anak Jadi Pandai, Rupanya Kena Ikut Cara Ini…

ANAK TAK CUKUP TIDUR JUGA BERISIKO TINGGI DAPAT PENYAKIT

tips anak mudah tidur

Gambar hiasan: MyHspediatrics.com

Rugi sungguh bila mak ayah tak ambil berat mengenai tidur anak. Otak anak berkembang dengan baik bila tidur mereka cukup dan berkualiti.

Di Klinik Perkembangan Kanak Kanak (Children Developmental Clinic), ramai mak ayah mengeluh dan mengadu pada saya yang mereka menyesal tak jaga masa dan kualiti tidur anak sejak kecil.

Ini saya kongsikan tempoh masa tidur anak seperti yang disaran oleh United Kingdom National Health Service (NHS).

TEMPOH MASA ANAK TIDUR YANG DISARANKAN OLEH UK NHS

UMUR SEMINGGU

  • Siang : 8 jam
  • Malam : 8 jam 30 minit

UMUR SEBULAN

  • Siang : 6-7 jam
  • Malam : 8-9 jam

UMUR 3 BULAN

  • Siang : 4-5 jam
  • Malam : 10-11 jam

UMUR 6 BULAN

  • Siang : 3 jam
  • Malam : 11 jam

UMRU 12 BULAN

  • Siang : 2 jam 30 minit
  • Malam : 11 jam

TIPS ANAK MUDAH TIDUR

Ada kajian dibuat, anak yang tak cukup tidur bukan saja bermasalah dari segi nak beri tumpuan semasa belajar, tapi mereka juga berisiko tinggi untuk dapat penyakit darah tinggi, obesiti dan kemurungan.

tips anak mudah tidur

Gambar hiasan: iStockPhoto.com

1. Suramkan atau tutup lampu dalam bilik tidur anak. Ia akan bantu bina hormon tidur iaitu melatonin.

2. Bila anak mula naik atas katil, boleh bacakan buku untuk anak atau anak baca buku sendiri dalam keadaan senyap.

3. Mandi dengan air suam boleh bantu anak lebih tenang dan bersedia untuk tidur.

4. Elakkan simpan tablet/laptop/TV dalam bilik tidur anak.

5. Cas semua bateri gajet di bilik lain (bukan bilik tidur anak).

6. Galakkan anak untuk berhenti guna gajet sejam sebelum waktu tidur.

7. Pengaliran udara dalam bilik anak mestilah dalam keadaan baik dan suhu bilik antara 18-24C.

Nak jaga masa tidur anak ni percuma saja. Tak perlu keluar duit banyak-banyak untuk beli produk itu dan ini.

Sumber: Twitter Dr. Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×