Asuh

Tempoh Tidur Yang Cukup Berdasarkan Peringkat Umur Anak & Kesan Tidur Lewat

48
SHARES
tempoh tidur yang cukup

Tempoh tidur yang cukup merupakan amalan harian yang perlu diberi perhatian. Ia tidak kira peringkat umur terutamanya golongan kanak-kanak kerana di usia ‘hijau daun’ tumbesaran mereka sedang berkembang dengan pesat.

Melalui perkongsian ilmu dari saudara Mohd Fhais Salim, kanak-kanak yang tidur lewat dan tidak mendapatkan ‘deep sleep‘ akan berhadapan dengan pelbagai risiko. Disebabkan itu, pentingnya tidur yang mencukupi berdasarkan peringkat umur kanak-kanak untuk ibu bapa ikuti seperti dinyatakan di bawah.

Baca juga: Ada 4 Stail Mak-Mak Bila Menyuruh Anak, Anda Ibu Bapa Yang Mana Satu?

TEMPOH TIDUR YANG CUKUP & KESAN ANAK TIDUR LEWAT

tempoh tidur yang cukup

Gambar hiasan: Google.

Susah macam mana pun kita kena paksa anak tidur tepat waktunya, tak boleh ikut kata anak. Risiko besar jika anak tak cukup tidur.

Kesan tidur lewat terhadap kanak-kanak

Antaranya:

  • Masalah berat badan.
  • Tumbesaran fizikal terbantut.
  • Potensi minda merosot.
  • Masalah emosi tak stabil.
  • Mudah jatuh sakit.
  • Learning problem.
  • Memori makin lemah.
  • Daya fokus merosot

Dan banyak lagi. 75 peratus growth hormon manusia terhasil ketika tidur.  Ya! 75 peratus perkembangan anak kita berlaku waktu dia tidur. Jadi super kritikal untuk anak-anak dapat tidur yang berkualiti dari sekarang lagi.

Tempoh tidur yang cukup berdasarkan peringkat umur anak

tempoh tidur yang cukup

Gambar hiasan: iStock/miniseries.

Rujukan dari Sleep Foundation ini tempoh tidur yang anak perlukan mengikut umur mereka:

  • 0-3 bulan >> 14-17 jam
  • 4-11 bulan >> 12-15 jam
  • 1-2 tahun >> 11-14 jam
  • 3-5 tahun >> 10-13 jam
  • 6-13 tahun >> 9-11 jam

Tempoh tidur ini termasuk sekali dengan nap time. Tidur sekejap ke lama tak mengapa asalkan jika di tambah tambah cukup waktunya. Paling penting ialah waktu tidur malam, itu waktu deep sleep berlaku.

Banyak Brain Growth Hormone berlaku waktu deep sleep ni. Tidur yang lena penting. Bab tidur tak boleh ikut kata anak sebab mereka kalau boleh tak nak tidur langsung nak bermain je.

Bergantung pada kita lah untuk jaga kualiti tidur anak supaya perkembangan dia cantik dan sihat.

Sumber: Facebook Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×