Asuh

Konsultan Kongsi Bayi ‘Overtired’ Jangan Dipaksa Tidur, Tapi Lakukan Perkara Ini

30
SHARES
cara menangani bayi overtired

Bayi yang ‘overtired’ atau terlalu penat sebaiknya, tidak dipaksa untuk tidur. Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan kelakuan bayi berubah kepada mengamuk teruk, jadi aktif dan sebagainya sewaktu hendak didoikan. Maka, amat penting untuk ibu bapa mengetahui cara menangani bayi overtired.

Melalui perkongsian ilmu bayi dari seorang konsultan tangisan dan tidur bayi, Puan Uswatuan Hasanah Mohd Habib, anak yang overtired tidak akan mampu tidur dengan cepat. Disebabkan itu, mereka perlu mengeluarkan hormon stress yang tinggi dalam badan melalui apa-apa jenis bendalir badan. Jom ikuti perincian di bawah.

Baca juga: Bapa Didik Anak Tentang ‘Survival Skill’ Penting, Mulakan Dengan Memasak!

CARA MENANGANI BAYI OVERTIRED

cara menangani bayi overtired

Gambar hiasan: Google.

Bayi yang overtired AKAN buat kelakuan-kelakuan di bawah ini:

  • Mengamuk teruk.
  • Jadi hyper macam nak main dan berjaga.
  • Nampak mamai (sleepy) /cuba nak lelap namun terlalu susah. Asyik buka-tutup mata, menguap banyak kali, resah dan garu mengaru lama.
  • Jika terlelap, jadi tak lena.

Akibatnya, isu-isu biasa berikut seringkali terjadi:

  1. Suka mengamuk setiap kali nak tidur.
  2. Anak masuk tidur malam terlalu lewat sebab nampak macam ‘bertenaga’.
  3. Tidur-terjaga berkali-kali sebelum dapat tidur dengan elok. Misalnya ulang tidur-berjaga sejak 7 -12 malam dan hanya OK setelah lepas jam 12 malam ATAU tidur elok sejak pulang dari taska sampai sebelum tengah malam. Namun terjaga berulang kali resah gelisah mulai tengah malam ke subuh.
  4. Susah di tenangkan setiap kali terjaga di antara waktu tidur.

Ini semua berlaku akibat hormon stress (cortisol) yang tinggi dalam badan anak-anak overtired.

PUNCA BAYI OVERTIRED

cara menangani bayi overtired

Overtired paling biasa berlaku dari 3 punca:

1. TIDUR ASYIK TAK LENA

Contohnya, anak yang akan terjaga setiap kali mak beredar. Jika tidur pun hanya bertahan 20-30 minit selalunya.

2. TIDUR SIANG TERLALU SIKIT/TAK CUKUP

Contohnya, usia 5 bulan perlukan 13-14 jam tidur sehari.

Jika pada waktu malam bayi telah tidur sebanyak 10 jam, maka bayi perlukan baki 3-4 jam TOTAL tidur pada waktu siang. Jika bayi gagal dapatkan 3-4 jam ini, disinilah punca overtired.

3. BERJAGA LEBIH MASA

Contohnya, usia 5 bulan tak boleh berjaga lebih 2.5 jam SETIAP kali di antara waktu tidur.

Maka, jika tidur terakhir bayi ialah pada 12 tengahari – 2.30 petang kemudian tiada tidur lagi sehingga lah misalnya jam 6 petang, disitu punca overtired akibat berjaga lebih dari maksimum 2.5 jam.

CARA MENANGANI BAYI OVERTIRED

cara menangani bayi overtired

Gambar hiasan: Google.

Jika nak CUBA tidurkan anak, boleh. TETAPI HADKAN CUBAAN ANDA KEPADA ~15 MINIT sahaja. Kenapa ~15 minit saja?

Sebab, kalau anak itu masih di fasa letih di mana hormon tidurnya sedang tinggi, dia sepatut boleh terlelap dalam tempoh ~15 minit kerana setiap satu fasa tidur anak adalah 20-30 minit (light sleep :20-30 minit, deep sleep pun:20-30 minit).

Maka, kalau ibu bapa dah mencuba selama ~15 minit dan anak langsung tiada tanda-tanda boleh tidur, TAK PERLU BUANG MASA MENCUBA. Pasti ibu naik stress.

Lagipun, INGAT! TIDUR IALAH BIOLOGI. Jika badan anak tak boleh ‘shut down’ akibat telah terlajak ke fasa overtired, DIA TIDAK AKAN BOLEH TIDUR DENGAN CEPAT WALAU BETAPA KUAT ANDA MENCUBA.

Hal ini kerana, hormon stress telah ambil alih dalam badannya yang sebabkan hormon tidur telah sangat rendah. Maka tak perlulah buang masa ye. Biar saja anak LEPAS BEBAS buat aktiviti yang dia mahu, jika anak bukan jenis menjerit dan mengamuk bila overtired.

KENAPA BIARKAN ANAK LEPAS BEBAS?

cara menangani bayi overtired

Gambar hiasan: Google.

What? Biar bebas?

Yes, anak yang overtired TIDAK AKAN mampu tidur dengan cepat. Mereka PERLU keluarkan hormon stress yang tinggi dalam badan melalui apa-apa bendalir badan:

  • Air liur.
  • Air mata.
  • Air kencing.
  • Peluh.

Maka, :

  • Ajak pusing-pusing taman dalam stroller atau gendong.
  • Ajak anak main playgroud.
  • Ajak anak pusing-pusing naik kereta.
  • Ajak anak main air /berendam air suam

dan lain-lain. Senang cakap: tak boleh tutup mata tak apa, asal ‘tutup mulut’. So tiada siapa yang stress.

Anak yang overtired AKAN boleh tidur semula SETELAH badannya keluarkan sebanyak mungkin hormon stress dari badannya seperti

  • Berpeluh.
  • Menangis.
  • Buang air kencing.
  • Keluar ikut air liur.

adalah antara cara hormon stres di bantu cepat keluar dari badan.

Maka, benarkan anak mengamuk, menangis atau jadi hyper bebas berkeliaran melompat ke sana sini atau beli masa dengan ajak anak buat aktiviti seperti yang saya cadang di atas tadi agar dia reda walau tak boleh lelap.

Cuba tidurkan anak kembali setelah dia nampak tenang tetapi ‘sleepy’, nanti.

Ketika anak telah overtired: IBUBAPA HANYA PERLU FIKIR CARA UNTUK ‘SURVIVE’ TEMPOH TERSEBUT DAN BUKAN PAKSA ACARA TIDUR UNTUK SEGERA TERJADI KERANA IA HAMPIR MUSTAHIL UNTUK BERLAKU.

Semoga bermanfaat.

Uswatuan Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi 

Sumber: Facebook Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×