Asuh

Bapa Didik Anak Tentang ‘Survival Skill’ Penting, Mulakan Dengan Memasak!

12
SHARES

Memasak merupakan salah satu kemahiran hidup yang perlu dipelajari. Lebih elok mengajar anak kemahiran ini, sedari mereka kecil lagi tanpa kira jantina. Galakkan mereka masuk ke dapur dan melakukan kerja-kerja rumah supaya tidak kekok dan pandai jaga diri apabila hidup berdikari kelak.

Sebagaimana perjalanan hidup yang dikongsikan oleh saudara Khairul Abdullah, mengajar kemahiran ini kepada anak-anaknya. Malah untuk mempraktikkan kemahiran ini, dia telah mengajar anaknya bagaimana untuk menyediakan pancake mudah. Jom cuba!

Baca juga: Ini Tips Pemilihan Ubat Gigi Kanak-Kanak, Rupanya Ada Had Kuantiti Fluorida Mengikut Umur!

AJAR ANAK MASUK DAPUR, TIDAK KEKOK BILA BERDIKARI KELAK

Dia akan happy makan masakan dia sendiri.

Memasak ini adalah survival skill yang penting. Kalau pandai masak, hidup tak kebulur walau duit tak ada. Dengan bahan yang minimum dah boleh masak macam-macam.

So skill ini kena pupuk sejak kecil.

Lepas itu skill basuh pinggan pun kena pupuk juga dari kecil tak kiralah boy atau girl. Bab house chores ni kena layan sama rata, semoga dah besar dan kahwin nanti bahagia rumah tangga depa.

Benda paling mudah untuk anak-anak masak dekat dapur adalah masak nasi, goreng telur dan nak fun sikit buat pancake macam ini.

RESEPI PANCAKE MUDAH UNTUK ANAK BUAT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan + 3 sudu besar tepung Bluekey.
  • 1 cawan susu.
  • 1 sudu butter cair.
  • 1 biji telur.
  • 2 sudu gula atau madu.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil esen vanilla kalau ada.

ARAHANNYA:

Cari bangku yang sesuai untuk anak-anak. Ajar dia tuang, tumpah-tumpah sikit tu tak ada hal.

1. Dah ada semua bahan tu minta anak-anak satukan semuanya dalam bekas dan kacau sebati. Guna bekas besar tau, kalau tak habis tumpah dikacau oleh depa.

2. Selepas itu, panaskan kuali non-stick dengan api perlahan dan sekata.

3. Minta anak sendukkan bancuhan ke dalam kuali dan biar dia naik menggelembung dan ajar dia cara nak balikkan. Biar dalam seminit, siap.

4. Hidanglah dengan butter dan maple syrup atau sos coklat atau sos strawberry atau apa sahaja yang diorang suka.

Kita jangan sekat anak-anak ke dapur. Galakkan, ajar dan pantau. Anak-anak bila suka masak dia akan faham kepentingan dan juga bahaya yang ada di dapur.

Bila dia dah rajin dan pandai masak, lengkaplah satu value atau survival skills yang paling penting untuk dia.

InshaAllah, senang dia nak hidup berdikari nanti. Campaklah dekat mana pun, kita tak perlu risau.

Sumber: Facebook Khairul Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×