Asuh

Ubat Gigi Kanak-Kanak Jangan Main Beli, Ikuti Panduan Dari Doktor Gigi!

188
SHARES
ubat gigi kanak-kanak

Melalui perkongsian ilmu pergigian dari Doktor Azila Mohd Kasim, penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu cara untuk melindungi gigi. Namun, terdapat ubat gigi yang mengandungi fluorida dan tanpa fluorida. Jadi, ubat gigi kanak-kanak mana satu yang sesuai? Mari baca perinciannya di bawah.

Baca juga: Nak Bebaskan Anak Dari Lampin Pakai Buang? Ini Tips 3 Hari Latihan ‘Potty’ Si Kecil

UBAT GIGI KANAK-KANAK

ubat gigi kanak-kanak

Gigi berlubang juga dikenali sebagai karies atau kaviti. Ia adalah kerosakkan gigi disebabkan oleh asid dan menjadi bakteria.

Kaviti mungkin berbeza warna daripada kuning kepada hitam. simptom ini termasuk sakit dan kesukaran untuk makan. Komplikasi termasuk keradangan pada tisu di sekitar gigi, kehilangan gigi dan infeksi atau bernanah.

Lesi karies boleh jadi aktif atau terhenti (arrested). Lesi karies aktif menunjukkan bukti perubahan yang progresif manakala (arrested) tidak. Cara hendak mengetahui lesi aktif atau tidak adalah dengan cara memerhati pada perubahan.

Ubat gigi berfluorida mencegah gigi berlubang

Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri. Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah gigi daripada berlubang.

Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu cara untuk melindungi gigi dan mengurangkan kadar kerosakan gigi di serata dunia. Kanak-kanak yang memberus gigi sekurang-kurangnya sekali sehari dengan ubat gigi yang mengandungi fluorida akan kurang mengalami kerosakan gigi.

APA ITU FLUORIDA & UBAT GIGI?

ubat gigi kanak-kanak

Contoh ubat gigi Non-Flourida. Sesuai untuk kanak-kanak baru belajar memberus gigi terutama umur kurang 2 tahun.

Penambahan bentuk-bentuk fluorida topikal dapat mengurangkan kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja lebih daripada ubat gigi sahaja, tetapi manfaat tambahannya adalah tidak besar. Kerosakan gigi (karies gigi) adalah menyakitkan, mahal untuk dirawat dan dapat memusnahkan gigi dengan serius.

Fluorida adalah satu mineral yang mencegah kerosakan gigi. Fluorida telah ditambah ke dalam bekalan air di banyak kawasan. Ia juga dapat diaplikasikan dalam bentuk ubat gigi, ubat kumur, gel dan varnis.

Guna fluorida secara berlebihan menyebabkan kecacatan lapisan luar gigi

Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan (fluorosis enamel) iaitu kecacatan pada lapisan luar gigi.

Ubat gigi adalah pes atau gel pembersih gigi yang digunakan dengan berus gigi. Ia digunakan untuk membersihkan dan mengekalkan kecantikan dan kesihatan gigi.

Ia berfungsi membantu menghilangkan plak gigi dan sisa makanan yang melekat pada permukaan gigi, mengurangkan halitosis (masalah mulut berbau) serta mengandungi mineral aktif seperti fluorida dan natrium sulfat.

KANDUNGAN FLUORIDA DI DALAM UBAT GIGI BERBEZA MENGIKUT KEPERLUAN

Contoh ubat gigi berflourida. Pastikan kandungan kurang 600 ppm Flourida.

  • Jumlah flourida yang diperlukan kanak-kanak adalah 450ppm sehingga 600ppm
  • Orang dewasa adalah 1000ppm sehingga 1450ppm

Baca juga: Anak Sering Mengamuk Ketika Berus Gigi? Doktor Kongsi Cara Selesaikan ‘Struggle’ Ini!

PENGGUNAAN UBAT GIGI KANAK-KANAK BERFLUORIDA YANG BETUL

Memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak boleh memastikan gigi anak-anak anda menerima kebaikan fluorida iaitu menguatkan enamel gigi serta mencegah karies.

Kuantiti penggunaan ubat gigi berfluorida yang di cadangkan:

1. Kanak-kanak di bawah 2 tahun

  • Bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan ATAU
  • Hanya meletak satu lapisan yang sangat tipis pada permukaan berus gigi ATAU
  • Sebesar saiz sebutir beras

2. Kanak-kanak 3-6 tahun

  • Gunakan kuantiti kecil ubat gigi berfluorida kanak-kanak sebanyak 0.25 g ke 0.5 g ATAU
  • Sebesar kacang soya / kacang hijau ATAU
  • Sepanjang 5 mm pada permukaan berus gigi

Peringatan!

Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah hendaklah dibantu semasa memberus gigi dan penggunaan ubat gigi berfluorida mestilah di kawal oleh ibu bapa atau penjaga. Sebahagian ubat gigi mempunyai perisa yang pelbagai, seperti strawberi, pisang dan lemon.

Oleh itu, kadang-kala anak kita akan menelan sahaja ubat gigi dan tidak meludah keluar. Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.

3. Kanak-kanak 6 tahun ke atas

Pada usia ini, kanak-kanak sudah dibenarkan untuk menggunakan ubat gigi dewasa (1000ppm flourida). Kuantiti yang diperlukan adalah sedikit sahaja, iaitu sebesar kacang soya/kacang hijau atau separuh daripada kepala berus gigi khas untuk kanak-kanak.

Paling penting, jangan biarkan anak anda menelan ubat gigi. Ibu bapa boleh merujuk kepada doktor gigi tentang ubat gigi yang sesuai untuk anak anda. Setiap kanak-kanak mungkin mempunyai keperluan yang berbeza, bergantung kepada tahap kerosakan gigi anak anda di dalam mulut.

PERKARA YANG BOLEH & TIDAK BOLEH!

Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dalam penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak.

Boleh:

  1. Gunakan secalit sahaja ubat gigi kanak-kanak untuk yang kecil di bawah umur 2 tahun (ubat gigi kanak-kanak mengandungi fluorida sebanyak 600ppm atau kurang).
  2. Berus dua kali sehari (pada waktu pagi dan malam sebelum tidur).
  3. Penting memberus di waktu malam sebelum tidur.

Tidak boleh:

  1. Jangan mencadangkan ubat gigi yang mengandungi lebih fluorida dari 600ppm untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah melainkan di nilai kadar kariesnya tinggi.
  2. Jangan berkumur selepas memberus gigi (digalakkan berludah sahaja).

Untuk kanak-kanak yang di nilai kadar kariesnya tinggi, walaupun ia berumur enam tahun ke bawah, ia di nasihatkan menggunakan ubat gigi berfluorida mengandungi lebih daripada 1000ppm fluorida ataupun ubat gigi dewasa.

Ciri jenis-jenis lesi karies aktif dan karies tidak aktif.

KESAN PENGAMBILAN FLUORIDA BERLEBIHAN

Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.

Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.

Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat / kekuningan /putih susu.

Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan. Keadaan ini dipanggil ‘FLUOROSIS’. Rujuk perkongsian saya pada link ini. Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri.

Soalan lazim:

Perlu ke anak saya diberi “Sapuan Flourida” / “Topikal Flourida”?

Jawapan:

  1. Sorotan kajian mendapati kanak-kanak dan remaja yang menggunakan fluorida topikal sebagai tambahan kepada ubat gigi berfluorida akan menambah pengurangan kerosakan gigi berbanding kanak-kanak yang hanya menggunakan ubat gigi berfluorida.
  2. Bagaimanapun, manfaat tambahan ini tidak besar, dan kajian-kajian tidak memberikan data berkenaan kesan sampingan.

Tambahan jawapan:

  1. Bagi anak minum susu. Minum susu untuk cukup kalsium. Kalau sudah besar, minum lah pakai cawan. Bukan suruh pergi menyusu botol semula haha.
  2. Semua dah besar, fikirlah sendiri. Makanan lain yang berkhasiat pun kena juga amalkan. Badan sihat gigi pun sihat. Semoga bermanfaat.  

Baca juga: Anak Masih Pelat Bercakap? Mungkin Itu ‘Tongue Tie’ (Lidah Pendek), Ini Tanda-Tandanya!

Sumber: Facebook Azila Mohd Kasim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×