Didik

Cara Betul Pilih Ubat Gigi Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak

3
SHARES

Adakah anda melakukan rutin membersihkan gigi si comel dua kali sehari sebaik sahaja giginya muncul? Jika ya, anda melakukan perkara yang sangat bijak!

Memulakan rutin penjagaan gigi awal akan membiasakan bayi anda dengan rutin membersihkan gigi dan boleh mengelakkan masalah gigi pada masa akan datang. Amalan ini juga penting kerana penjagaan gigi yang betul akan menjadikan gigi anak sihat dan kuat!

Foto: Majalah PaMa

Adakah anda tahu kepentingan ubat gigi

Jika kita lihat, memang banyak jenama ubat gigi khas untuk kanak-kanak dijual dipasaran. Tapi, jenis yang mana terbaik untuk kanak-kanak. Sebab ada yang kata, jenis berflorida tidak bagus untuk gigi kanak-kanak. Ada juga yang kata tidak bagus guna ubat gigi. Jadi, kami rungkaikan semua persoalan ini.

UBAT GIGI: PERLU ATAU TIDAK?

Bagi bayi yang belum ada gigi, boleh bersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain basah yang bersih.

Bagi bayi yang baru tumbuh gigi, boleh gunakan kain basah bersih juga untuk bersihkan giginya. Boleh juga gunakan ‘finger toothbrush‘.

Anda boleh perkenalkan ubat gigi bila ibu bapa yakin, dan anak tahu yang dipicit keluar itu ialah ubat gigi. Sebaik-baiknya, lagi awal lagi bagus untuk perkenalkan ubat gigi pada si anak.

UBAT GIGI: BANYAK ATAU SIKIT?

Untuk kanak-kanak bawah berumur 3 tahun, gunakan ubat gigi sebesar sebiji beras. Manakala, untuk umur 3 hingga 6 tahun, sebesar kacang pea. Ia sudah memadai, tak payah lebih-lebih seingga berbuih.

UBAT GIGI: ADA FLOURIDA ATAU TIDAK?

Flourida adalah penting untuk menguatkan gigi dan mencegah kerosakan. American Association of Dentistry (ADA) mencadangkan untuk menggunakan ubat gigi berflourida seawal yang mungkin untuk pendedahan lebih awal dan perlindungan menyeluruh.

Anda boleh mendapatkan ubat gigi kanak-kanak yang berflourida di pasaran. Ada ubat gigi kanak-kanak yang sudah ada flourida. Ibu bapa tak perlu risau kerana kandungannya adalah jauh lebih rendah daripada orang dewasa.

Foto: Majalah PaMa

UBAT GIGI: BOLEH TELAH ATAU TIDAK?

Walaupun ada ubat gigi kanak-kanak dilabel selamat untuk ditelan, pastikan dan pantau anak anda supaya tidak telan!

Ramai ibu bapa risau untuk gunakan ubat gigi berflourida kerana anak suka telan ubat gigi. Sebab itu perkara paling penting adalah pemantauan daripada ibu bapa sendiri.

Ibu bapa WAJIB gosokkan gigi anak sehingga dia umur 6 tahun. Mesti bantu anak menggosok gigi atau gosok gigi bersama-sama anak untuk elakkan mereka tertelan ubat gigi.

Foto: Mother

UBAT GIGI: PERLU LUDAH ATAU TIDAK?

Anda juga dinasihatkan supaya menggunakan ubat gigi berflourida apabila anda suda pandai meludah. Anda mesti mengajar anak untuk meludah ubat gigi sejak dari awal memperkenalkan ubat gigi kepadanya.

Sebenarnya, banyak cara untuk ajar anak meludah ubat gigi. Anda sendiri boleh membuat ‘demo’ kepada anak cara meludah yang betul. Lama-lama mesti mereka pandai!

Jadi, ajarilah anak tentang kepentingan menggosok gigi setiap hari! Semoga bermanfaat!

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×