Euforia Bola 2026
Famili

“Sempat Ajar Mengucap, Penuh Dar*h”- Kronologi Kes Irine Sofiya, Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Irene Sofiya

Nama Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, kini menjadi perhatian ramai selepas pelajar Tingkatan Empat itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor pada petang 3 Oktober 2026.

Di sebalik tragedi tersebut, Irene Sofiya atau lebih mesra dipanggil Fiya oleh keluarganya merupakan seorang pelajar yang rajin belajar, pendiam dan mempunyai impian besar untuk menjadi doktor seperti arwah ibunya.

Baca juga: Bapa Kena Hukuman Penjara 13 Tahun, Sebabkan Kematian Per*gol Anak!

KRONOLOGI RINGKAS KES IRENE SOFIYA SETAKAT INI

Irene Sofiya

Gambar BERNAMA: Ibu saudara mangsa, Siti Nur Faeza Khyar, 45 (kiri), sedih dengan tragedi yang menimpa Irene Sofiya Mohd Khairool, ketika menyambut sanak saudara dan jiran yang menziarahi kediaman mereka di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, semalam.

Siapa Irene Sofiya?

  • Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, merupakan pelajar Tingkatan 4 dan anak tunggal.
  • Dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya di Yong Peng selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser hati ketika Irene Sofiya masih kecil.
  • Arwah ibunya merupakan seorang doktor dalam bidang kesihatan awam, membuatkan Irene Sofiya mempunyai sebab yang sangat peribadi untuk bergelar doktor.
  • Bapanya pula dilaporkan bekerja sebagai jurutera di Bangi, Selangor.
  • Menurut ibu saudaranya, Siti Nur Faeza Khyar, yang juga seorang guru Biologi, Irene Sofiya sering berada di tempat pertama atau kedua dalam tingkatan dan berpotensi memperoleh 9A dalam SPM.
  • Irene Sofiya juga dikatakan aktif dalam kegiatan sekolah dan sangat fokus terhadap pembelajaran.

3 Oktober 2026

Irene Sofiya hadir kelas tambahan

  • Irene Sofiya dipercayai hadir ke sekolah bagi mengikuti kelas tambahan.
  • Selepas tidak pulang ke rumah seperti biasa, dua rakannya datang bertanyakan keberadaannya.
  • Mereka turut mendapati motosikanya masih berada di kawasan sekolah.
  • Neneknya, Jameyah Rabani, 66, kemudian pergi ke sekolah untuk mencari cucunya.

Ditemukan di kawasan dewan sekolah

  • Irene Sofiya akhirnya ditemukan di kawasan dewan sekolah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan.
  • Polis memaklumkan terdapat beberapa kecederaan pada bahagian kepala dan badan.
  • Jameyah dilaporkan sempat memegang, memanggil namanya dan membimbing cucunya mengucap sebelum Irene Sofiya tidak lagi bergerak.
  • Maklumat mengenai kejadian diterima polis kira-kira jam 5.50 petang.
  • Jenazah Irene Sofiya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat.

Tiga pelajar lelaki ditahan

  • Tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sekolah sama ditahan bagi membantu siasatan.

4 Oktober 2026

Irene Sofiya

Gambar NSTP: Bapa Allahyarham Irene Sofiya menyiram air di pusaranya.

Seorang remaja direman

  • Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mendapat perintah reman selama enam hari bermula 4 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Polis turut merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pakaian dan selipar bagi membantu siasatan.
  • Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Jenazah Irene Sofiya disemadikan

  • Selepas proses bedah siasat selesai di Hospital Sultanah Nora Ismail, jenazah Irene Sofiya dibawa ke rumah datuk dan neneknya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng sekitar jam 6.30.
  • Lebih 100 ahli keluarga, saudara-mara, rakan sekolah, guru dan penduduk setempat hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
  • Solat jenazah diadakan di rumah keluarga dan dan Masjid Kampung Parit Arshad sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
  • Jenazah kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad, Yong Peng kira-kira jam 7.50 malam.

Baca juga: Tular Dakwaan Perlakuan Tak Wajar, Program Sekolah Libatkan Penceramah Bebas Dihentikan Serta-Merta

Perkembangan rasmi

  • Perdana Menteri mengarahkan supaya siasatan dijalankan dengan segera, menyeluruh dan telus.
  • Menteri Pendidikan turut mengarahkan semakan berkaitan pengurusan serta aspek keselamatan sekolah.

Peringatan! 

  • Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan dakwaan yang belum disahkan atau mencipta motif kejadian.
  • Sebarang tuduhan terhadap individu tertentu juga tidak wajar dibuat hanya berdasarkan tangkap layar, mesej WhatsApp atau hantaran media sosial.
  • Individu yang ditahan atau direman bagi membantu siasatan belum bermaksud mereka telah disabitkan bersalah oleh mahkamah.

Semoga segala persoalan dapat dirungkai menerusi siasatan yang telus dan keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan menghadapi kehilangan anak tunggal mereka.

Al-Fatihah buat Irene Sofiya.

Sumber: BERNAMA / Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×