Famili

Barang Milik Irene Sofiya Masih Tak Terusik Sejak Arwah Pergi, “Saya Masih Terbayang-Bayang Dia” – Datuk

irene sofiya

Pakaian dan barang-barang milik Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, masih tersimpan di dalam biliknya tanpa terusik sejak pemergiannya hampir dua minggu lalu. Bagi datuknya, Khyar Abas, 69, setiap sudut rumah masih menyimpan kenangan bersama cucu kesayangan yang dijaga sejak kecil itu.

Baca juga: “Sempat Ajar Mengucap, Penuh Dar*h”- Kronologi Kes Irine Sofiya, Apa Yang Berlaku Setakat Ini

DIJAGA SEJAK KECIL, DATUK IRENE SOFIYA AKUI SUKAR MELUPAKAN CUCU KESAYANGAN

irene sofiya

Barang milik arwah Irene Sofiya yang masih tidak terusik di rumah datuknya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, Batu Pahat.

Dia mengakui sukar melupakan Irene Sofiya atau lebih mesra dipanggil Fiya, apatah lagi apabila melihat barangan peribadi remaja berkenaan yang seolah-olah membuatkan dirinya terasa seperti cucunya masih ada di rumah.

Menurutnya, dia bersama isteri dan ahli keluarga lain membesarkan Fiya sejak kecil selepas ibu remaja itu meninggal dunia akibat kanser ketika Fiya berusia lapan tahun.

“Memang saya tak boleh lupa Fiya kerana banyak kenangan bersamanya.

“Saya, isteri dan keluarga jaga sejak kecil selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser ketika Fiya berusia lapan tahun.

“Apabila melihat pakaian, barang-barang dalam bilik Fiya, saya masih terbayang-bayang dia,” katanya ketika ditemui di kediamanya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng pada Khamis.

Baca juga: [TERKINI] Irene Sofiya Maut Akibat Trauma Tumpul Di Kepala & KPM Nafi Arwah Diseret Dari Surau Ke Dewan!

Terharu dengan sokongan rakyat Malaysia

irene sofiya

Khyar Abas, 69, mengakui sukar melupakan Irene Sofiya sejak pemergian arwah hampir dua minggu lalu.

Dalam masa yang sama, Khyar turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir memberikan sokongan moral kepada keluarganya ketika melalui saat sukar selepas kehilangan Fiya.

Antara pihak yang menghulurkan sokongan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan kerajaan. Kehadiran mereka sedikit sebanyak memberikan kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi kehilangan insan tersayang.

Malah, masih ramai yang datang menziarahi pusara Fiya dan kediaman keluarganya, termasuk individu yang sanggup datang dari jauh demi menyampaikan ucapan takziah serta memberikan sokongan.

“Masih ramai yang datang menziarahi kubur arwah dan rumah kami. Paling jauh dari Kelantan.

“Saya terharu dengan sokongan diberikan rakyat Malaysia dan berterima kasih atas kata-kata semangat dan sumbangan yang diberikan.

“Paling memberi kesan kepada saya dan keluarga ialah kunjungan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah,” ujarnya.

Bagi keluarga ini, setiap kunjungan dan kata-kata semangat yang diterima menjadi penguat untuk meneruskan kehidupan meskipun kehilangan Fiya meninggalkan kesan mendalam. Kenangan bersama remaja itu pula akan terus terpahat dalam ingatan mereka.

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×