Selain daripada menjaga kebersihan gigi, ubat gigi sebenarnya ada kebaikan lain juga tau! Ubat gigi boleh dikatakan sebagai pembersih serba guna kerana keupayaannya untuk membersihkan pelbagai objek di dalam rumah.
Berikut adalah 10 manfaat ubat gigi untuk kebersihan di rumah.
Baca juga: Bukan Saja ‘Design’ Macam Tu, Ini Cara Guna Gunting Dapur 8 Fungsi!
UBAT GIGI BERSIHKAN 10 BARANG RUMAH
1. Kotoran sabun
Penggunaan sabun di sinki, pintu bilik mandi dan kawasan pancuran kadang-kadang meninggalkan noda yang sukar dibersihkan. Rupa-rupanya, ia boleh dihilangkan dengan ubat gigi.
- Tuangkan ubat gigi pada kain yang lembap dan gunakan tekanan yang kuat untuk membersihkan sisa sabun.
- Kemudian bilas dan keringkan.
2. Tanda contengan
Kreativiti anak-anak kadang-kadang di luar jangkaan ibu bapa. Salah satunya adalah dengan menconteng di dinding, lantai atau perabot dengan meninggalkan tanda.
- Namun, jangan risau ubat gigi datang untuk menyelamatkan!
- Sapukan sedikit ubat gigi ke kawasan yang terjejas.
- Kemudian, gunakan kain lembap untuk menggosoknya.
3. Pengering rambut
Alat seperti pengering rambut boleh dicemari oleh lapisan melekit yang berasal dari produk penjagaan dan minyak rambut semula jadi.
Gunakan ubat gigi untuk menanggalkan lapisan dengan menggosok permukaan alat dan membersihkannya dengan kain lembap.
4. Seterika pakaian
Seperti pengering rambut, seterika juga boleh menjadi kotor akibat kotoran daripada produk penjagaan pakaian.
Gunakan ubat gigi untuk membersihkan plat besi dengan berhati-hati apabila alat itu sudah sejuk.
5. Tembaga
Ternyata peralatan di rumah yang diperbuat daripada tembaga boleh dibersihkan dengan ubat gigi, tau! Ia boleh menyerikan tembaga dan menghilangkan kotoran.
- Letakkan ubat gigi pada sehelai kain lembut.
- Gosokkan ubat gigi pada logam dengan gerakan membulat lembut.
- Noda akan hilang dengan mudah.
Baca juga: Guna 1 Cara ‘Tak Jalan’, Jadi Kena Buat 7 Trik Ini Untuk Halau Monyet Yang Licik!
Baca juga: Guna Pencuci Murah ‘Deep Clean’ Peti Ais, Hilang Terus Kotoran Degil Berbulan Tu!
6. Calar skrin telefon bimbit
Calar kecil pada skrin telefon bimbit atau tablet juga boleh dikeluarkan dengan ubat gigi.
- Sapukan secubit ubat gigi ke hujung jari anda.
- Gosok perlahan-lahan ke bahagian calar.
- Bersihkan dengan kain microfiber yang sedikit lembap.
7. Cermin kereta
Jika cermin depan kereta mula kabur dan mengganggu penglihatan anda, ubat gigi boleh membantu.
- Sapukan ubat gigi pada cermin depan gerakan membulat.
- Kemudian, lap dengan kain lembap untuk menghilangkan kabus.
8. Tapak kasut
Apabila tapak kasut anda kotor atau tercalar, gunakan ubat gigi untuk membersihkannya.
- Sapukan ubat gigi pada tapak kaki dengan berus gigi lama.
- Kemudian, bersihkan dengan kain lembap.
9. Bau makanan
Bau makanan yang sukar dihilangkan dari tangan, papan pemotong dan bekas penyimpanan makanan boleh dihilangkan dengan ubat gigi.
- Gantikan ubat gigi dengan sabun tangan atau sabun pinggan mangkuk.
- Bilas seperti biasa.
10. Kesan kopi dan teh pada cawan
Ubat gigi direka untuk menghilangkan kotoran dari gigi kita, jadi tidak hairanlah ia juga berfungsi untuk menanggalkan kesan kopi dan teh dari cawan.
- Sapukan ubat gigi pada span yang sedikit lembap dan gosokkannya pada kesan.
- Kemudian, bilas dengan teliti untuk mengeluarkan sebarang sisa ubat gigi.
Baca juga: 15 Ilham Deko Hiasan Guna MESIN JAHIT LAMA, Beri Sentimen Klasik Pada Rumah!
Sumber: Detik.com
FT Image: Getty Images / freepik