Dapur

Bukan Saja ‘Design’ Macam Tu, Ini Cara Guna Gunting Dapur 8 Fungsi!

6
SHARES
gunting

Baru-baru ini, sebuah hantaran mengenai kegunaan satu gunting dapur yang mempunyai pelbagai fungsi telah menarik perhatian warga maya sehingga mendapat 8.2 ribu perkongsian.

Boleh dikatakan ramai juga warga maya yang tidak mengetahui fungsi lain yang ada dan cara-cara menggunakan gunting dapur serba guna itu.

Baca juga: Guna 1 Cara ‘Tak Jalan’, Jadi Kena Buat 7 Trik Ini Untuk Halau Monyet Yang Licik!

GUNTING DAPUR

gunting

Gambar: Sri Sal

Dapat dilihat pada hantaran bergambar dikongsi Sri Sal itu, dijelaskan 8 fungsi gunting untuk memudahkan tugas ketika berada di dapur.

Selain fungsi asasnya yang kerap digunakan untuk menggunting sayur dan ikan, ia juga boleh memusingkan skru dan memecahkan buah walnut yang keras.

Berikut merupakan kelebihan gunting pelbagai fungsi ini:

  1. Mengikis sisik ikan
  2. Menggunting rangka atau tulang daging
  3. Memecahkan kacang keras
  4. Memusing skru
  5. Membuka penutup tin
  6. Membuka penutup botol ceper
  7. Mengupas kulit buah dan sayur
  8. Memotong sayur-sayuran

Baca juga: Resipi Sup Ayam Jernih & Tak Keruh, Ada Orang Suka Kuah ‘Clean’ Begini!

Reaksi warga maya yang pelbagai

gunting

Gambar: Amazon

Menjengah di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi menarik yang diberikan oleh warga maya. Antaranya adalah komen mereka yang tidak tahu cara mengaplikasi fungsi lain yang ada pada gunting dapur tersebut.

“Umur dah 30 baru hari ini tahu,” komen seorang warga maya.

“Dulu arwah mak pakai fungsi-fungsi ini dekat rumah. Masa siang ikan buang sisik pakai gunting saja. Tak sangka, dulu ingat mak malas pakai pisau. Rupanya fungsi dia berbeza huhuhu,” seorang warga maya mengimbau kembali kisah bersama arwah emaknya.

“Baru tahu banyak fungsi rupanya…okey lepas ini siaplah kau gunting hehehe. Kalau tak selama ini aku asyik guna semata-mata untuk menggunting saja,” komen lagi seorang warga maya.

Baca juga: Guna Pencuci Murah ‘Deep Clean’ Peti Ais, Hilang Terus Kotoran Degil Berbulan Tu!

Ada lagi fungsi lain gunting dapur serba guna ini

Walau bagaimanapun, ada juga warga maya yang sudah mahir menggunakan gunting dapur serba guna ini dan turut berkongsikan fungsi-fungsi yang lain.

“Belakang dia paling function potong bontot siput sedut…EASY. Ada gigi-gigi itu kan, sepitkan je siput punya bontot. Dia akan putus, sangattt senang! Tak payah tekan kuat pun, macam nak gunting cili je tapi buat guna belakang yang bergigi itu,” seorang warga maya berkongsi fungsi lain.

“Tempat cracking nuts itu selalu guna untuk pecahkan kulit ketam,” kongsi seorang warga maya.

“Pembuka botol pun boleh juga ini..botol sos yang ketat,” kongsi lagi seorang warga maya.

“Dah lama guna lebih 10 tahun. Hampir semua dah guna fungsi dengan betul. Dulu beli sebab suka banyak fungsi, dulu RM5 saja 10 tahun yang lalu ya,” cerita seorang warga maya.

Baca juga: Senang Je Nak Pilih IKAN SEGAR, Bila Ingat 7 Tips Ini Tengok Dari Jauh Pun Dah Tahu!

Sumber: Sri Sal

FT Image: Amazon

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×