Dapur

Resipi Sup Ayam Jernih & Tak Keruh, Ada Orang Suka Kuah ‘Clean’ Begini!

15
SHARES
sup ayam

Ada orang menggemari sup ayam yang mempunyai warna kuahnya jernih, selain jenis keruh. Hal ini mungkin kerana, rasanya lebih ‘clean‘ dan tidak berminyak.

Jadi, kali ini penulis ingin kongsikan cara membuat sup ayam kuah jernih dengan menggunakan beberapa bahan yang mudah. Sebelum itu, kalau anda ingin buat sup ayam versi sihat dan menikmatinya ketika sakit, boleh tekan resipi ini.

Baca juga: Makanan Laut Bergoreng Lebih Rangup Bila Guna 4 Tepung Ini, Krup Krap Bila Makan!

SUP AYAM KUAH JERNIH

sup ayam

Gambar: TikTok @emymellisa

Jom ikuti resipi sup ayam kuah jernih Emy Melissa.

Bahan-bahan:

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 1/2 labu
  • Halia muda secukupnya
  • Sup bunjut
  • Cili burung 3 biji
  • Daun salam 2 helai
  • Air secukupnya
  • Ubi kentang 3 biji (saiz kecil)
  • Kepak ayam 500 gram
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang / sup / ketumbar (pilih)

Baca juga: Resipi Mudah Ikan Keli Goreng Berlada, Bau Sedapnya Perghhh Buat Jiran Datang Rumah!

Baca juga: Resipi SAMBAL CUKA Tahan Lama, Sedap Menjilat Jari Bila Makan Dengan Nasi Ayam!

Cara memasak:

sup ayam

Gambar: TikTok @emymellisa

  1. Tumis hirisan bawang besar bawang putih dan halia bersama sup bunjut, cili yang digunting dan daun salam sehingga wangi.
  2. Kemudian, masukkan air secukupnya.
  3. Tak perlu tunggu air mendidih, terus masukkan ubi kentang dan ayam.
  4. Masak atas api yang perlahan.
  5. Bila ubi kentang dah empuk, perasakan dengan garam.
  6. Taburkan juga daun bawang, daun sup atau daun ketumbar.

Kalau nak resipi sambal kicap, ada di sini. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi MI SEJUK Korea, Kemain Orang Sana ‘Slurp’ Masa Musim Panas Sedap Sangat Rupanya!

Sumber: TikTok @emymellisa

FT Image: TikTok @emymellisa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×