Dapur

Resepi Sup Ayam Sihat, Tak Perlu Tumis & Pakai Minyak!

179
SHARES

Memang benar, terdapat pelbagai cara dan resepi untuk membuat hidangan sup ayam. Namun uniknya resepi sup ayam kali ini, selain sihat untuk tubuh badan cara membuatnya juga tidak memerlukan minyak dan menumis bahan.

Jadi, jom cuba buat resepi sup ayam sihat yang dikongsikan oleh Puan Nik Nur Adilin.

Baca juga: Resepi Sizzling Yee Mee, Tak Perlu Guna ‘Hot Plate’ Macam Di Food Court!

TAK PERLU TUMIS & PAKAI MINYAK, SUP AYAM TETAP JADI!

Boleh la perasakan ikut tekak masing masing. If possible tak payah la letak kiub ayam ke, cukup rasa ke apa. Yang ni memang serius sedap manis asli sup ayam ni.

SUP AYAM SIHAT & MUDAH

Resepi mama saya tanpa tumis, tanpa minyak tambahan.

Actually, hari ini memang saya extra malas nak memasak, nyaris nak minta suami bank in duit sebab nak order grabfood je.
Tapi sebab kalau order, susah nak dapat yang kena selera anak-anak, so saya terus teringatkan sup ayam nenek diorang.

Saya faham, sup ayam mempunyai pelbagai cara dan resepi untuk dimasak. Ini kira cara my mom lah. So raikan perbezaan. Ok?

Kenapa saya suka resepi ni?

Satu, sebab simple, campak je semua. Dua, sebab inilah sup yang anak-anak saya kerap minta nenek diorang buatkan.

RESEPI SUP AYAM SIHAT & MUDAH!

Ok jom tengok resepi.

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang merah (6 ulas)
  • Bawang putih (6 ulas)
  • Sehiris halia

*Tiga bahan atas ni tumbuk kasar. Tapi saya hiris je sebab malas basuh lesung.

  • Ayam setengah ekor. (Saya guna 6 ketul besar-besar, beli ikut parts dekat Mydin je. Guna bahagian rangka & drumstick.)
  • Empat sekawan. (Tapi saya malas cari kawan kawan tu, saya campak seketul sup bunjut adabi tu je.)
  • Ubi kentang optional. (Saya tak letak harini, sebab ye lah dah bagitau tadi malas. Kalau nak letak, potong besar supaya tak cepat hancur.)
  • Bawang merah untuk buat bawang goreng. (Bawang goreng ni memang dah sedia ada dalam peti ais. Kalau tak ada, saya pun tak rajin nak buat bawang goreng hari ni.)
  • Daun sup.

CARA-CARANYA:

Macam ni, semua bawang dan halia tu, campak sekali dengan ayam masuk dalam periuk. Dan isi air. Buka api slow dan tutup periuk.

1. Masukkan bahan ditumbuk kasar, ayam setengah ekor dan empat sekawan ke dalam periuk.

2. Isi air hingga tenggelam ayam. Buka api slow. Tutup periuk.

Ni dalam proses memasak tu. Kalau berbuih buih gini, belum masak lagi sup dan ayamnya. hehe.

3. Di pertengahan tu, boleh letak ubi kentang.

Ok, inilah minyak yang terhasil semula jadi dari kulit ayam tu. Macam ni, sup ayam dah almost siap.

4. Bila terbit minyak asli dari ayam tu, tandanya sup dah masak. Boleh letak daun sup & bawang goreng.

If possible tak payah la letak kiub ayam ke, cukup rasa ke apa. Yang ni memang serius sedap manis asli sup ayam ni.

5. Boleh letak garam untuk perasakan.

Saya tak letak gula, walau ada sesetengah ore kelate suka letak gula. Even my mom pun letak gula dalam sup ni. hehe.Bagi saya, bawang goreng tu dah cukup manis. dan bawang-bawang lain yang dah masak tu, dah ada manis tersendiri.

Siap! dan hidangkan. Nak tengok minyak asli yang terbit pada sup tu refer gambar okeh.

Sumber: Nik Nur Adilin via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×