Dapur

Resepi Sizzling Yee Mee, Tak Perlu Guna ‘Hot Plate’ Macam Di Food Court!

108
SHARES

Kini, dengan adanya resepi Sizzling Yee Mee anda tidak perlu lagi ke medan selera atau ‘food court’ untuk menikmatinya. Resepi yang dikongsikan ini juga sangat mudah untuk dimasak.

Tidak perlu khuatir juga jika anda tiada ‘hot plate’ di rumah kerana Kak Ninie ada berkongsi teknik memasak hidangan ini tanpa menggunakannya. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Puding Biskut Marie Spesial, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

RESEPI SIZZLING YEE MEE TAK PERLU GUNA ‘HOT PLATE’

Ini favourite family kami anak beranak. Kalau nak makan yee me sizling mesti kami pergi food court kat Tesco Mergong Kedah.

Situ paling best yee mee dia, tapi bila dah tahu buat sendiri… Ya Allah mudahnya tak payah pergi sana dah sebijik sama guys. Bahan mudah je.

Nak resepi kejap lagi saya post balik.

RESEPI SIZZLING YEE MEE MUDAH UNTUK MAKAN 4 ORANG!

Gambar: Tehki.

Edit – Sukatan ini boleh makan 4 orang.

BAHAN-BAHAN A:

  • 6 ulas bawang putih cincang halus.
  • 2 keping halia dihiris besar.
  • 4 tangkai cili kering dipotong dua.
  • Minyak untuk menumis.

BAHAN-BAHAN B:

  • Ayam potong dadu besar-besar.
  • Cendawan.

BAHAN-BAHAN C:

  • 5 sb sos tiram.
  • Kicap mudim atau kicap pekat (saya pakai kicap mudim pon dah sedap).
  • Kicap manis kipas udang.
  • 1 sb minyak bijan.
  • 1 kiub ayam.
  • Serbuk lada hitam.
  • 2 sb tepung jagung (dibancuh dengan air).

CARA-CARA MASAK SIZZLING YEE MEE:

Gambar: DailyMasak

1. Tumis bahan-bahan A di atas.

2. Selepas bahan tumis A keperangan masukkan bahan B sehingga separuh masak.  (Masa proses ni perlahankan api untuk masukkan kicap-kicap ini semua.)

3. Masukkan semua jenis kicap ikut nak banyak mana. Semua kicap ni saya tak dapat bagi sukatan. Anda semua bubuh je banyak mana.

4. Kemudian, masukkan 1 sb minyak bijan dan gaul rata.

5. Masukkan air ikut banyak mana kuah yang nak (yang ni saya letak 5 cawan air, time ni boleh kuatkan api).

6. Masukkan 1 kiub ayam, sedikit serbuk lada hitam, bancuhan tepung jagung ke dalam kuah tadi.

Boleh rasa. Saya tak letak garam sebab sos tiram dah masin. Jadi, kalau kurang masin tambah je sos tiram.

Kalau kurang manis tambah kicap manis, kalau kuah kurang gelap tambah je kicap mudim atau kicap pekat sampai kuah masak.

CARA MENGHIDANG SIZZLING YEE MEE:

Gambar: MaggiMY.

1. Ambil kuali kecil.

2. Letakkan yee mee dalam kuali kecil. 

3. Kemudian curahkan kuah tadi atas yee mee, pecahkan telur, masukkan sayur-sayuran.

Siap! Selamat mencuba.

TEKNIK MASAK YEE MEE TANPA GUNA HOT PLATE!

Edit – Ada yang tanya cara masak yee mee tu. Ini untuk yang tiada hot plate macam kat Tesco tu.

1. Ambil kuali kecil letak yee mee yang keras lagi tu.

2. Kuali tu buka api siap-siap.

3. Kemudian, kuah yang kita masak tadi tu kita curah dekat yee mee tu dalam kuali kecil. Nanti kuah tu masak sekali dengan mee.

4. Pecahkan telur dekat tepi dan letak sayur sekali.

5. Ulang dan curah kuah yang ada dalam kuali tu sampai mee tu dah masak.

Sumber: Kak Ninie via Masak Apa Hari NI..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×