Dapur

Resepi Puding Biskut Marie Spesial, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

67
SHARES

Iklim di Malaysia yang mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun menyebabkan anda terkadang diri berasa panas dan terkadang berasa sejuk. Lebih-lebih lagi bila hari yang terik mulalah tekak nak minum dan makan jenis yang sejuk bagi melegakannya, betul tak?

Apa kata kali ini, anda cuba buat pencuci mulut iaitu puding biskut marie yang amat sedap dimakan ketika sejuk dan sangatlah lembut teksturnya! Lepas ini, boleh lah kerap makan dan tak risau dah dengan cuaca panas sebab dah ada ‘ubat tekak’ ini.

Baca juga: Doktor Kongsi Resepi Jus Superfood Untuk Baiki Kesihatan Usus, Pembuluh Darah & Sel

RESEPI PUDING BISKUT MARIE, ‘UBAT TEKAK’ KETIKA CUACA PANAS!

Hi semua, lama pula rasa tak share resepi dekat sini. Ok jom kita buat satu pencuci mulut yang sedap & sejuk ditekak panas-panas ni tau.

RESEPI PUDING BISKUT MARIE (EDISI KURANG MANIS) – MR. ALI

InsyaAllah resepi ni saya guide satu persatu supaya ramai berjaya buat tau.

BAHAN-BAHAN LOYANG SAIZ 8 INCI:

1. LAPISAN PERTAMA : COKLAT

  • 12g agar-agar tali.
  • 4 cawan air (1 cawan air = 250ml).
  • 1 cawan dairy whipping cream (kalau takda gantikan dengan susu cair).
  • 1 sudu makan butter (tak kesah salted or unsalted, pakai buttercup pun boleh).
  • 7 sudu makan serbuk koko.
  • 1 sudu makan serbuk nescafe.
  • 5 sudu makan milo (sudu makan tu yang sudu besaq kita buat makan apa-apa tu tau).
  • Secubit garam.
  • 1/2 cawan dark chocolate.
  • 3/4 cawan gula (190 gram gula).

2. LAPISAN KEDUA : PUTIH

  • 6 gram agar-agar tali.
  • 2 cawan air.
  • 1 cawan susu cair.
  • 1/4 cawan gula (80 gram gula).
  • 1 sudu kecil essen vanila.

CARA-CARA:

LAPISAN PERTAMA : COKLAT

1. Masukkan 4 cawan air + 12g agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi.

2. Baru masukkan 3/4 cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.

3. Dah larut masukkan 5 sudu makan milo + 1 sudu makan serbuk nescafe. Kacau sebati.

4. Dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.

5. Selepas itu masukkan 1 cawan dairy whipping cream (kalau takda gantikan dengan susu cair). Kacau sampai separuh sebati.

6. Dan masukkan 1 sudu makan butter.

7. Gaul sebati biar sampai jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila nampak dia dah sebati biarkan dia mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja.

8. Bila dah mendidih tadi masukkan 1/2 cawan dark chocolate. Kacau atas api yang perlahan, dah sebati, terus off api.

9. Masukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang.

10. Tuang atas loyang dulu adunan tadi sampai tak nampak base loyang, then baru letak biskut marrie. Dah penuh satu loyang, cover balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.

11. Setkan dalam peti 2 minit sahaja, then sambung letak lagi biskut marie. Dan terus cover dengan lebihan coklat tadi.

Tutup area biskut marie tadi dan setkan dalam peti.

  • Means ada 2 lapis je lapisan biskut marie tadi.
  • Setkan dalam peti sementara buat lapisan putih

LAPISAN KEDUA : PUTIH

1. Letakkan 2 cawan air + 6 gram agar-agar tali yang dah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan 1/4 gula..dah larut masukkan 1 cawan susu cair.

2. Kacau sebati & biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Off api dan masukkan 1 sudu kecil essen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.

3. Cucuk-cucuk dengan garpu dulu tau agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong.

4. Tuang rendah dan perlahan-lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.

Regangkan dari loyang dan terbalikkan atas board.

Selebihnya boleh refer pada caption setiap gambar dibawah saya dah terangkan dengan lebih detail agar semua masalah-masalah sebelum ni termasuk agar-agar jadi cepat berair dapat diatasi.

Semoga membantu dan selamat mencuba!

Sumber: Facebook Muhammad Ali via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×