Dapur

Doktor Kongsi Resepi Jus Superfood Untuk Baiki Kesihatan Usus, Pembuluh Darah & Sel

19
SHARES

Semestinya sudah ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga dan sanak-saudara di kampung, yang hanya tinggal beberapa hari lagi. Tambahan pula, ramai yang tidak sabar ingin menikmati pelbagai juadah raya yang bakal disediakan juga.

Namun, dalam enak ‘menyumbat’ pelbagai jenis hidangan raya di dalam perut jangan lupa untuk jaga juga kesihatan perut anda seperti dikongsikan oleh Doktor Rizal Abu Bakar. Jom cuba buat Jus Superfood Seleri Beetroot di bawah dan ketahui manfaat bahannya.

Baca juga: Boleh Jimat! Ahli Kimia Kongsi Kebaikan Air Fryer, Kurang Pakai Minyak Masak

JOM JAGA KESIHATAN USUS, PEMBULUH DARAH & SEL!

Ni ramai dok plan nak balik kampung. Lepaih tengok anak bulan. Maklumlah minggu depan nak balik Raya Haji. Bila balik kampung mesti bedal macam macam.

Boleh merasa qurban. Dibuat gulai daging. Kambing bakar dan sebagainya. Sebelum jadi macam macam. Apa kata baiki kesihatan usus, pembuluh darah dan sel dulu?

PETUA JAGA KESIHATAN USUS, PEMBULUH DARAH & SEL

Caranya mudah saja. Ini petua saya selalu amalkan. Untuk jaga perut. Jaga otak kedua iaitu usus.

Saya buat Jus Superfood Seleri Beetroot ni. Apa hebatnya formula ni?

1. SALERI

Seleri ni ada sekurang-kurangnya 12 jenis anti oksida. Untuk setiap batang. Termasuk vitamin C, beta carotene dan flavonoids.

Power sangat untuk usus, pembuluh darah, sel dan organ. Dalam seleri juga ada 25 bahan anti-inflammatory. Mereka bertindak lindungi tubuh dari inflamasi yang boleh akibatkan sakit berterusan.

Seleri juga ada bahan bernama phthalides. Bantu relaks dinding arteri. Untuk lancarkan aliran darah.

Satu benda lagi yang ramai tak tahu ialah seleri ni ada apium. Atau apiuman. Bahan penting untuk rendahkan ulcer perut, tingkatkan lining dalam usus dan kurangkan risiko sembelit.

Fiber dalamnya bantu kecilkan saiz pinggang.

2. EPAL

Epal pula bertindak sebagai pemanis semulajadi. Chromium yang ada dalam epal bagi kita rasa kenyang. Jadi tak rasa lah nak berkudap sana berkudap sini. Perut rasa full saja.

3. BEETROOT

Macam mana dengan beetroot? Ubi bit yang warna purple merah terang tu. Kajian dapati beetroot dapat turunkan tekanan darah secara natural.

Menariknya bab beetroot ni ialah dia kuatkan stamina. Kalau bersukan tu kira wajib amalkan minum jus seleri beetroot ni.

Beetroot juga power untuk otak. Ia lambatkan penuaan otak. Rendahkan risiko terkena dementia.

Kalau nak turunkan berat badan, buatlah beetroot ni sebagai saka. Berdampinglah dengan dia.

Perasan tak beetroot ni warna merahnya pekat? Sebabnya dia ada betalains. Kajian dapati betalains ada kapasiti sebagai chemo-preventive.

RESEPI JUS SUPERFOOD SELERI BEETROOT

Gambar hiasan.

Untuk buat jus, kena pakai blender yer Bukan juicer. Penting minum dengan fibernya sekali. Kalau pakai juicer, kita hanya minum air gula saja.

BAHAN-BAHAN:

  • Seleri satu setengah batang.
  • Beetroot saiz kecil. Guna separuh sahaja.
  • Epal 4 biji – terpulang nak guna epal jenis apa.
  • Air bertapis.

CARA-CARANYA:

1. Potong bahan 1-3 pada potongan kecil.

2. Masukkan ke dalam blender.

3. Masukkan air separuh dari ketinggian bahan.

4. Blend sehingga halus. Tambah air kalau pekat.

Bolehlah cuba. Kalau buat pagi, kenyang insyaa Allah sampai ke petang nanti. Kecualilah perut kita saiz tangki kapal terbang.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×