Buat anda yang berniaga, mempunyai satu menu istimewa yang akan menarik pelanggan untuk ulang datang sememangnya penting. Tapi, tidak semestinya perlu menu yang rumit atau mewah untuk kelihatan istimewa kerana ada satu resepi puding ini berjaya menarik perhatian ramai dan laris terjual.
Ini merupakan perkongsian di laman Facebook Azlina Ina di mana dia berkongsikan resepi puding yang mudah tapi diminati ramai, hasil dari air tangan ibunya. Katanya, jual di mana-mana pun akan laris!
Baca juga: Roti Nak Expired Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Marble Yang Sangat Sedap & Padu!
RESEPI PUDING PALING LARIS JUALAN, SEMUA ORANG TIRU RESEPI MAK!
Paling laris buat jualan! Jemput semua tiru resepi mak. Buat la jualan pasar malam ke jual tepi jalan ke jual dari rumah ke jual dekat sekolah-sekolah ke semua laku. Sebab kos tak banyak dan cara buatnya sangat mudah. Paling best dia lembut dan kurang manis ye. Laris sangat mak jual di bakeri dan wisma.
Bahan-bahan puding terpaling sedap dan gebu:
-1 paket serbuk agar-agar 10g
-1 tin susu cair
-1/2 tin susu pekat
-3 tin air kosong
-2 sudu besar tepung kastard
-1 sudu kecik esen vanilla
Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan dalam periuk.
2.Kacau jangan berhenti ya api perlahan sahaja.
3.Sampai didih matikan api.
4.Bila suam tuang dalam bekas
5.Nak buat yang fruity (rasa buah) boleh sapu filling tepi bekas.
6.Nak buat yang ada ‘topping’ sila tuang (1 sudu besar gelatin dan air suam, larutkan campuran pada filling yang disukai boleh tuang atas puding)
7.Siap dan sejukkan
*Mudah kan? Tapi tengok hasil memang nampak sedap dan sudah semestinya anak-anak akan suka!
Baca juga: Cara Buat Kek Chocolate Moist Yang Betul-Betul Meleleh, Rupanya Tak Susah Sangat Pun!
Sumber: Azlina Ina Fans