Dapur

Roti Nak Expired Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Marble Yang Sangat Sedap & Padu!

2.5K
SHARES

Salah satu jenis pencuci mulut atau menu untuk santapan waktu petang adalah puding. Bermacam-macam jenis puding boleh dibuat di rumah dan menjadi pilihan ramai adalah puding marble. Paling menarik sekali adalah, salah satu resepi puding marble yang dikongsikan ini menunjukkan kejadian puding yang boleh membuat sesiapa sahaja terliur!

Buat peminat-peminat pencuci mulut semua, apa kata jom kita hasilkan puding marble ini untuk disantap bersama keluarga. Mana tahu, mungkin ada yang nak buat untuk berniaga juga?

Baca juga: Cara Siang Ikan Cencaru Buang Kulit Untuk Pertama Kali Nak Belajar, Tak Payah Malu-Malu..

RESEPI PUDING MARBLE, KEJADIANNYA ELOK!

resepi puding marble

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

-Roti
-Susu cair tin
-Susu pekat tin
-Telur
-Agar-agar tali
-Mentega
-Gula
-Esen vanilla
-Pewarna

CARA-CARANYA

resepi puding marble

1.Potong 6 keping roti

2.Blend semua bahan-bahan ini:
-Roti yang dah dipotong
-1 tin susu cair
-3/4 tin susu pekat
-2 biji telur

3.Masukkan 6 cawan air dalam periuk

4.Masukkan 20g agar-agar tali

5.Masak sehingga agar-agar larut

6.Kemudian masukkan 3 sudu besar gula

7.1/2 sudu besar esen vanilla

8.Kemudian tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi

9.Masukkan 2 sudu besar mentega dan kacau sebati

10.Tuangkan dan agihkan kepada tiga bahagian/mangkuk

11.Masukkan pewarna yang berlainan

12.Tuang ke dalam tray, sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam

13.Selepas 1 jam dah boleh potong dan teksturnya padu. Tak lembik dan tak keras.

*Elok kejadiannya bukan? Boleh cuba di rumah untuk menu minum petang!

resepi puding marble

Baca juga: Resepi 5 Jenis Nasi Yang WAJIB Kena Tahu & Masak Di Rumah, Mesti Licin Pinggan!

Sumber: PD Bandar Baru Telur Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×