Dapur

Cara Pilih Buah Strawberi Yang Manis-Manis, Segar & Tak Terlampau Masam

62
SHARES
buah strawberi

Buah strawberi merupakan salah satu jenis buah yang menjadi kegemaran ramai apabila berkunjung ke Cameron Highlands. Bahkan, kalau berkunjung ke mana-mana pasaraya pun buah strawberi akan direbut ramai apabila ada jualan murah kerana harganya pun agak mahal.

Tapi, macam mana cara nak pilih buah strawberi yang manis? Maklumlah, tak ramai yang meminati buah strawberi yang masam dan hanya mahukan yang manis-manis sahaja. Oleh itu, jom kita pilih yang manis!

Baca juga: Cara Pilih Buah Oren Manis & Sedap, Baru Tahu Rupanya Kena Tengok 3 Benda Ini

CARA PILIH BUAH STRAWBERI YANG MANIS

buah strawberi

1.Pilih strawberi yang miliki warna merah yang terang, jangan pilih yang kusam-kusam seperti kekuningan.

2. Walaupun buah strawberi masih berwarna hijau, pilihlah yang ini kerana ia menandakan bahawa strawberi tersebut masih segar.

3. Kalau nak tahu strawberi tersebut manis ataupun tidak, pilihnya yang berwarna merah tua.

4. Buah strawberi yang segar tidak akan terasa lembik. Jadi, perlahan-lahan tekan isi strawberi ketika pilih di pasar raya.

5. Jangan terlalu bergantung pada ukuran besar semata, kadangkala yang kecil dan sederhana mempunyai rasa yang lebih manis daripada yang besar.

7. Tapi, sekiranya anda menginginkan buah strawberi mempunyai lebih banyak air, maka pilihlah yang besar. Lebih sesuai untuk dijadikan jus tapi rasanya tidaklah terlalu manis dari yang kecil.

8. Pastikan selepas membeli strawberi, jangan terus cuci kerana ini akan mempercepatkan proses buah menjadi busuk. Setiap kali nak makan buah baru cuci supaya kekal segar.

9. Kaedah penyimpanan adalah dengan simpan di dalam bekas yang tidak ditutup di dalam peti sejuk dan keluarkan 30 minit sebelum anda makan.

ADAKAH STRAWBERI BAGUS UNTUK ANDA?

buah strawberi

Begitu banyak khasiat strawberi yang boleh diperolehi. Ia secara semula jadi menyalurkan vitamin, serat, dan terutamanya tahap antioksidan yang tinggi yang dikenali sebagai polifenol—tanpa sebarang natrium, lemak atau kolesterol. Strawberi adalah antara 20 buah yang mempunyai antioksidan tinggi dan merupakan sumber mangan dan kalium yang baik.

Sebatian antioksidan yang terdapat dalam strawberi melindungi sel dan tisu dalam badan anda dengan meneutralkan molekul tidak stabil yang dipanggil radikal bebas.

*Selamat makan strawberi!

Baca juga: Cara Simpan Lengkuas Supaya Tahan Berbulan-Bulan, Bila Masak Masih Ada Aroma

Sumber: Webmd.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×