Dapur

Dah 2 Minggu Pun Masih Segar! Ini Cara Simpan Strawberi Tahan Lama, Tak Berkulat & Berair

197
SHARES

Selalu kalau balik dari Cameron Highlands tu tak sahlah kalau tak borong strawberi kan?

Tak kisahlah sama ada dari Cameron Highlands atau di pasar raya, penggemar strawberi mahupun bakers yang selalu guna strawberi tentu dilema nak simpan buah strawberi ni lama-lama.

Mana tidaknya, buah strawberi ni kejap je boleh berkulat dan berair walaupun kita dah simpan dalam peti sejuk.

Jadi dalam artikel ini, kami ingin kongsikan semula sebuah posting menarik oleh Rahayu Rusli berkenaan tips simpan strawberi yang beliau selalu buat.

Dengan cara ini, insya allah buah strawberi boleh tahan satu minggu hingga dua minggu bergantung pada kesegaran buahnya.

Masa pilih nak beli tu, tips untuk tahu buah segar atau tak, kena tengok daunnya. Kalau daun masih hijau, tak ada tompokam kuning-kuning atau hitam, insya allah buah masih segarlah tu.

Ok jom tengok langkah yang perlu dibuat untuk simpan strawberi agar tahan lebih lama.

Tips & Cara Simpan Strawberi Tahan Lama

1. Sediakan Bekas & Tisu

Mula-mula sediakan strawberi, bekas simpan dan tisu.

Cara simpan strawberi tahan lama

Saya guna bekas jenis ni dan tisu serviette macam ni je.

Cara simpan strawberi tahan lama

2. Lubangkan Bahagian Bawah Bekas.

Saya lubangkan bahagian bawah bekas supaya air dan lembapan boleh keluar dan tak bertakung dalam bekas.

3. Balut Buah Strawberi Sebiji Demi Sebiji

Lepas tu ambil strawberi tu sebiji demi sebiji.

Cara simpan strawberi tahan lama

Kita nak balutkan satu-satu dalam tisu ni.

Cara simpan strawberi tahan lama

Tak kisahlah balut macam mana asalkan semua permukaan tertutup dengan tisu.

Cara simpan strawberi tahan lama

Bila dah siap balut, bubuh dalam bekas yang kita dah lubangkan tadi.

Buat sebiji demi sebiji pada semua buah strawberi tu hinggalah habis.

4. Simpan Dalam Peti Sejuk

Cara simpan strawberi tahan lama

Kemudian bolehlah simpan dalam peti sejuk.

Nanti masa nak guna barulah ambil berapa biji yang kita nak.

Inilah Hasilnya…

Tengok, lepas seminggu daun pun masih segar, hijau lagi tu kan?

Bolehlah guna untuk hiasan pada kek, nak buat smoothie ke atau untuk dimakan begitu saja.

Cara simpan strawberi tahan lama

Mudah kan?

Peminat strawberi kenalah cuba tips ini dekat rumah bila beli buah strawberi nanti ya.

Senang nak simpan stok nanti kalau dah tahu tipsnya.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat untuk semua.

[Baca juga : Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama. 2 Minggu Pun Masih Segar!]

*Tips simpan strawberi tahan lama ini dikongsikan oleh Rahayu Rusli menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×