Dapur

Cara Simpan Ayam Tahan Lama, Tak Busuk & Kekal Segar Macam Baru Disembelih

460
SHARES
cara simpan ayam tahan lama

“Eh, baru 2-3 hari beli ayam ni dah macam bau tak best nak masak… Padahal dah simpan dalam freezer dah. Masa beli ok je. Ish… Macam mana cara simpan ayam tahan lama dan tak berbau bila nak masak ye?”

Mesti ramai antara kita yang dah biasa beli ayam di pasar raya atau pasar biasa.

Kadang-kadang bila dah balik tu nak cepat, kita terus je simpan dalam peti sejuk / freezer tu kan.

Sebenarnya ada tips dan langkah-langkah penting yang kita boleh buat supaya ayam tak busuk bila nak dimasak.

Jom kita baca tips dan cara simpan ayam yang dikongsikan oleh Puan Hana Rahman di bawah ini.

Cara Simpan Ayam Tahan Lama & Segar Dalam Peti Sejuk

Saya nak kongsikan cara simpan ayam dalam peti ais supaya tak busuk bila nak dimasak.

1. Bilas & Basuh Bila Sampai Rumah

Apabila ayam sampai di rumah sama ada kita pergi beli sendiri atau dihantar oleh runner, JANGAN terus kita simpan dalam peti sejuk.

Yelah, kadang-kadang tak sempat atau terlupa kan…

Bagi yang tak tahu, ini adalah cara simpan ayam yang perlu kita elakkan.

Jadi apa yang kita kena buat: Buka plastik, letak dalam besen. Siram air paip sekejap.

2. Check Ayam Kalau Ada Yang Busuk

Check sekali sama ada ayam dah busuk atau masih elok.

Confirmkan sebab ramai yang cakap terbeli ayam busuk.

3. Simpan Dalam Bekas Ikut Portion Yang Biasa Dimasak

Lepas tu toskan ayam biar air basuh semua turun.

Masukkan dalam plastik atau sebarang bekas ikut portion yang kita mudah nak guna.

Supaya nanti bila nak defrost / rendam, tak perlulah kita nak rendam semua.

Lepas tu bahagian yang tak nak guna masukkan dalam freezer semula – ini perbuatan yang berisiko dan mengundang pembiakan bakteria juga tau.

4. Letak Daun Pandan

Kalau ada, letakkan sekali 3-4 helai daun pandan dalam bekas bersama ayam sebelum disimpan dalam freezer.

Daun pandan ni boleh elakkan ayam cepat busuk.

Ada juga yang guna petua lumur tepung gandum,  garam halus dan sebagainya semasa nak simpan – itu terpulanglah pada cara masing-masing ya.

5. Jangan Rendam Ayam Lama-lama Bila Nak Masak Nanti

Oh ya, lagi satu.

Masa nak masak nanti, jangan rendam ayam lama-lama dalam air.

Rendam sekejap saja lepas tu toskan dan biar ayam terlerai sendiri.

cara simpan ayam tahan lama

Ayam Masih Segar Seperti Baru Disembelih!

Ingat ya, paling penting sekali jangan biarkan ayam terperap dalam plastik kemudian humban terus ke dalam peti ais.

Cara simpan ayam macam nilah akan menyebabkan ayam menjadi busuk walaupun kita dah simpan dalam peti ais.

Segala kekotoran najis, darah dan lendir ayam akan mempercepatkan proses membusuk, lebih-lebih lagi kalau peti ais kita dah sarat.

Bila dah terlalu sarat, proses sejuk dan beku pun akan menjadi lambat.

Masa ni lah bakteria mula menjentik-jentik ayam kita hingga ia bertukar bau dan rasa.

Sekian pesanan dan perkongsian dari saya.

Semoga bermanfaat buat semua.

[ Baca juga : Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama. 2 Minggu Pun Masih Segar! ]

[ Baca juga : Cara Betul Penyimpanan Daging Korban Supaya Tahan Lebih Lama ]

*Cara simpan ayam dalam peti sejuk supaya segar, tak busuk dan tahan lama ini dikongsikan oleh Puan Hana Rahman menerusi Facebook Group Masak Apa Hari Ni… (MAHN). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan tips ini, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

Most Popular

To Top