Dapur

Cara Kemas Peti Sejuk Dalam 3 Kategori Makanan Ini, Selama Ini Ramai Salah Buat!

50
SHARES
cara kemas peti sejuk

“Bersepahnya barang dalam peti ais aku ni..macam mana cara kemas peti sejuk supaya cantik macam dalam Tiktok tu?”

Setiap kali melihat video di dalam Tiktok, mesti sedikit cemburu dengan susun atur barang di dalam peti sejuk di rumah orang lain bukan? Cantik dan tersusun sahaja semuanya mengikut kepada susun atur yang disarankan oleh pakar dekorasi.

Kalau anda pun menginginkan perkara yang sama, terdapat beberapa jenis barang yang boleh disimpan dan tak boleh disimpan dalam peti sejuk sebenarnya. Jika barang yang ada dalam 3 kategori ini, anda kena berhati-hati dan jangan simpan ikut suka hati sahaja!

Baca juga: 5 Resepi Makanan Korea WAJIB Cuba Kalau Nak ‘Feeling’ Macam Dalam K-Drama

CARA KEMAS PETI SEJUK, ADA BARANG YANG BOLEH DAN TAK BOLEH DISIMPAN

cara kemas peti sejuk

1. SOS

Sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka. Ada yang suka simpan dekat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.

Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat dekat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan dekat mana? Dekat bahagian pintu peti ais.

2. SUSU

Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais di bahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpan dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason, tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang.

Susu segar/ susu kotak simpan dekat bahagian dalam, jangan simpan dekat bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.

3.TELUR

Cara menyimpan telur dengan betul. Ada dua cara:

1. Simpan di luar peti ais

-Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum di mana telur kuning dia berada di tengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum best before date)

-Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak

-Simpan di tempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk

2. Simpan dalam peti ais (chiller)

-Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.

-Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais

-Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh

3.UBAT-UBATAN

Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais, kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.

Ubat-ubatan cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasannya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.

So nak simpan kat mana? Simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan saja dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So pentingnya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu.

*Jadi, hujung minggu ini boleh luangkan sedikit masa untuk mengemas barang dalam peti sejuk supaya tak macam gua harta karun!

cara kemas peti sejuk

Baca juga: Cara Buat Sotong Goreng Tepung Tapi Tepung ‘Tak Lari’, Rupanya Jangan Campur 2 Bahan Ini!

Sumber: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×