Dapur

5 Resepi Makanan Korea WAJIB Cuba Kalau Nak ‘Feeling’ Macam Dalam K-Drama

50
SHARES
resepi makanan korea

Setiap kali menonton drama Korea, pasti akan terliur melihat pelbagai jenis makanan yang disajikan seperti kimchi. Nak makan di luar agak mahal harganya dan mungkin kurang sedap jadi inilah masanya untuk ‘menggodek’ resepi makanan Korea yang dikongsikan.

Jadi, terdapat satu perkongsian di laman Facebook Nur Anny Sofia menyenaraikan resepi yang wajib dicuba oleh peminat-peminat makanan Korea. Bila tengok sahaja gambar-gambar ini, semuanya menyelerakan!

Baca juga: Cara Buat Sotong Goreng Tepung Tapi Tepung ‘Tak Lari’, Rupanya Jangan Campur 2 Bahan Ini!

RESEPI MAKANAN KOREA MACAM TENGOK DALAM KDRAMA

resepi makanan korea

1.TTEOKBOKKI 떡볶이 (KOREAN ORIGINAL VERSION)

– Rice Cake
– Gochujang 6 sudu besar + 3 sb serbuk cili+ 3 sb gula +3 sb madu+ 1 sudu kecil minyak bijan+sepaket sos korea =gaul sekali
– Ikan bilis – 10( boleh kurang atau lebih )
– Kelp (sejenis seaweed yang tebal) – saiz dua tapak tangan ( boleh letak lebih kalau suka )
– Daun bawang / leek
– Pucuk perisa ikan ( optional )
-Sosej
-Fishcake
– Telur rebus (optional)
-Mozza cheese/cheese slice (optional)

* Tak perlu letak garam sebab gochujang tu dah masin. Kuantiti barang tu boleh adjust ikut selera korang.
* Boleh ganti pucuk perisa ikan dengan fish ball, sosej, ayam atau any frozen food. but for me,pucuk perisa ikan tetap yang terbaik. Memang masuk sangat dengan gochujang. Superb!
* Boleh letak sayur seperti kubis, lobak merah kalau suka
* Rice cake tu boleh buat sendiri kalau nak. cara paling senang guna tepung pulut, sedikit tepung gandum,garam dan air. rasanya lebih lembut dan kenyal daripada beli rice cake yang segera.

Cara Penyediaan :

– Rebus kelp dan ikan bilis hingga menggelegak
– Buang semua kelp dan ikan bilis. Biar tinggal air rebusan je.
– Masukkan rice cake ke dalam air rebusan kelp dan ikan bilis. Tunggu hingga menggelegak
– Masukkan campuran gochujang ke dalam periuk rice cake tadi. Tunggu hingga menggelegak . Then masukkan frozen food pilihan korg such like fishball ke, sosej, or ayam then kacau bagi rata
– Masukkan leek/daun bwg..Kacau hingga pekat. Kepekatan ikut selera masing-masing.
– Hiaskan dan hidangkan Tteokbokki korang.
– Boleh add on cheese +telur rebus kat atas ye

2.BIBIMBAP@Nasi Campur / 비빔밥

-2 pot Beras Sumo
-1 ikat sayur bayam
-1 cawan daging batang pinang (beef tenderloin)
-1 cawan lobak merah (carrot)
-2 cawan cendawan shitake
-1 cawan cendawan enoki (enokitake)
-1 ulas bawang putih (dicincang atau ditumbuk halus)
-1 sudu makan kicap soya
-1/2 sudu makan kicap pekat1 sudu makan bijan panggang
-1-2 biji telur
-Sedikit minyak bijan
-Garam,gula dan minyak untuk menggoreng

Cara Masak Bibimbap

-Nasi
-Masak nasi seperti biasa. Gunakan beras biasa bukan beras basmathi..better guna beras sumo lah kalau nk sedap
-Sayur Bayam

-Masak air bersama sedikit garam..Sementara tunggu air mendidih, bersihkan sayur dari kekotoran..Bila air dah mendidih, masukkan sayur bayam tadi dan masak seketika (jangan lama sangat).. lps tu, toskan airnya dan alihkan ke dalam mangkuk yang berisi air dan ketulan ais,biarkan selama 2-3 min..ambil sayur bayam tadi, perahkan airnya perlahan-lahan . dlm mangkuk lain yang bersih, gaulkan sayur bayam dgn sedikit minyak bijan dan ketepikan.

-Cendawan Enoki : Bersihkan cendawan. Potong cendawan enoki secara memanjang .Proses penyediaannya adalah sama seperti sayur bayam di atas.

-Cendawan Shitake: Bersihkan dan potong cendawan mengikut kesesuaian. Kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng seketika. Anda tidak perlu risau kerana cendawan ini akan sedikit mengecut apabila digoreng.

-Lobak Merah (Carrot) : Bersihkan lobak merah dan kupas kulit..Potong lobak merah kepada 3 bahagian dan hiris nipis .Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng sehingga menjadi lembut..Ketepikan.

-Daging (Beef Tenderloin): Bersihkan daging. Potong daging sehingga menjadi SANGAT nipis. Disyorkan potong daging bagi lebar tetapi bg nipis sikit jee..Kemudian gaulkan bersama kicap soya, kicap pekat, bawang putih dan sedikit garam..Perapkan daging dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih. Sebenarnya, kalau lebih lama diperap lebih sedap rasanya. Selepas 30 minit, panaskan kuali dan sedikit minyak, kemudian goreng daging sehingga masak..Ketepikan.

-Telur: Panaskan kuali dengan sedikit minyak kemudian pecahkan telur ke dalam kuali. Goreng telur tersebut sehingga separuh masak. Kalau di Malaysia kita panggil telur mata kerbau ‘goyang’. Kuning telur dibiarkan separuh masak agar ia pecah apabila digaul nanti. Ini akan membuatkan bibimbap lebih sedap!

Sos Bibimbap Homemade

-Gochujang 2 sudu
-Gula Perang 2 sudu
-Minyak Bijan 1sudu teh
-Sos Cili 1 sudu teh
-Sos ni kacau sekali dalam satu mangkuk..kalau jadi pekat sangat, tambah air suam sikit

Langkah Akhir – Satukan Semua Bahan

-Isikan nasi putih ke dalam mangkuk. Pastikan saiz mangkuk agak besar. Susun kesemua masakan tadi mengikut kreativiti dan selera anda. Kebiasaannya telur mata akan berada di tengah-tengah nasi dan dikelilingi oleh sayuran dan daging. Kemudiannya, letakkan sedikit sos Gochujang mengikut citarasa anda. Titiskan sedikit minyak bijan dan taburkan bijian bijan di atasnya. Siap! Bibimbap homemade sedia dimakan!

3.KOREAN SPICY CHICKEN @ 양념통닭/ Yangnyeom Tongdak

-Ayam 1/2 ekor (boleh potong mana besar yg nak)
-Tepung bestari
-Tepung beras
-Tepung jagung (campur 3 ni dengan Sedikit air then perapkan ayam sekali)

Bahan sos:

-3 ulas bawang putih
-3-4 cili burung(optional kalau korg nk pedas)
-Paste Gochujang (kalau tak ada boleh ganti dengan lada mesin,tp guna 1-2 sudu bsr je)
-Sos Cili
-Madu
-Bijan

Cara-cara

-Panaskan minyak
-Ayam yang dah perap dgn tepung tu salutkn sekali lagi dengan tepung bestari+tepung beras+tepung jagung then bru goreng deep fried..(ni cara untuk bagi ayam crispy)
-If original korean vers dorg campur dalam tepung yang dah jadi bater, lepastu terus goreng je..then kena double fried (optional blh buat mana suka)

SOS

-Letak sedikit minyak masak, tumis bawang putih dan cili sampai layu..letak gochujang or lada mesin, kacau sampai naik minyak
-Letak sos cili and madu..tumis lama sikit..dah nampak pekat dan berbuih bru letak ayam goreng
-Boleh angkt dan hidangkn dgn bijan and hirisan cili

4.김밮 – Kimbap

Bahan nasi dan perasa:

– Beras sumo dalam 2 cawan (masak nasi lembik-lembik sikit nanti untuk hasil roll yang cantik)
– Sushi Vinegar – 1 sudu makan (if tak ada,boleh larutkan cuka dgn sedikit gula dan garam agak-agak dalam satu sudu makan sahaja, jangan biar terlalu masam dan terlalu manis)

Bahan-bahan lain:

-(Resipi basic kimbap)
-Nori/seaweed ( yang sesuai untuk gulung dengan kimbap)
-Sosej – yang dah siap direbus
-Filamen stick- juga siap direbus
-Danmuji (Radish Pickles) – Potong Panjang
-1 batang timun jepun – potong panjang then goreng bersama minyak bijan
-Telur dadar dipotong panjang
-Bayam – Celur dan buang air dan gaul bersama minyak bijan
-Carrot – potong halus dan goreng sekejap bersama minyak bijan

(Isi version dalam gambar)

– Spicy fish cake yang dah dimasak – yang ni just beli fish cake.. then potong nipis lepastu gaul bersama gochugaru,gula,soy sauce,then tumis je
– Daging goreng – Gaul daging terlebih dahulu dengan soy sauce,daun bawang,garlic and minyak bijan and baru goreng sampai masak
– Halal Chicken Luncheon Meat – Bekas dia macam bentuk tuna..pastikan jangan keliru and beli yang daging or ayam shj,sebab kadang-kadang boleh tertukar dengan pork..just hiris jangan bagi tebal sgt utk kimbap, potong memanjang dan goreng sahaja
-Nak letak Kimchi pun boleh,tak suka kimchi tak payah letak pun takpe

Cara-cara membuatnya:

1. Mula-mula sediakan nasinya dahulu. Cuci beras bersih-bersih, dan masak dalam periuk nasi. Lebihkan air untuk dapatkan nasi yang lembik.

2. Dalam bekas lain, satukan nasi bersama sushi vinegar..Kacau sebati sehingga larut.

3. Selepas tu sedia untuk buat roll kimbap.

4. Bentangkan bamboo mat.

5. Letak nori/seaweed. Kemudian ambil nasi dan ratakan kat atas permukaan seaweed..nak kimbap cantik ratakan nasi nipis sahaja.

7. Susun bahan-bahan isinya..jgn kedekut kalau nak isi banyak! filling boleh pilih diantara basic atau sy punya version

8. Gulung dengan ketat dan mampat.

9. Lepas tu buka bamboo mat, dan keluarkan roll kimbap tadi..bg yang tak biasa buat, beli sushi maker kat shopee

10. Then dah boleh potong ikut saiz yang tak terlalu nipis.

Sedia untuk dihidang dan selamat mencuba.

5.JAPCHAE @잡채

-1 paket Glass Noodle (any brand)(rebus separuh aje)
-1 cawan daging (bersihkan dan potong kecil-kecil)
-1 cawan carrot
-1 cawan cili capsicum
-1 cawan cendawan shitake (rendam semalaman dan hiris)
-1-2 cawan sayur bayam (bersihkan dan celur kedalam air panas)
-½ biji bawang holland
-1 cawan daun bawang
-2 ulas bawang putih
-2 sudu makan bijan panggang
-2-3 sudu minyak bijan
-2-5 sudu makan kicap soya
-2-4 sudu makan gula perang/brown sugar
-1 sudu makan serbuk lada hitam/black paper
-1 biji telur
-Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

-Di dalam mangkuk satukan daging, cendawan shitake, 1 ulas bawang putih cincang, 1 sudu makan gula perang, 1-2 sudu makan kicap soya, 1 sudu teh minyak bijan dan 1 sudu teh serbuk lada hitam. Gaulkan dan perap ½ jam atau 1 jam.

-Telur tu dibuat telur dadar ye..jangan lupa letak sikit serbuk kunyit sebab nak bagi warna telur dadar tu cantik. Kemudian bila sejuk gulung dan hiris nipis2

-Carrot, cili capsicum dan daun bawang di potong memanjang. Bawang Holland dihiris2. lau ada yang nak tambah bahan lain seperti cendawan butang putih atau sebagainya boleh tapi make sure sayur2 yang tak berair ye!

-Bersihkan sayur bayam dan celur seketika. Kemudian toskan kemudian genggam dan picit2 sikit untuk buang air bayam tu sbb tak nak apchae kita berair.

-Ambil 1 mangkuk besar dan susunkan bayam tadi kedalamnya. Kalau bayam tu besar2 potong sikit ye kemudian gaulkan dengan sedikit minyak bijan dan kicap soya.

-Rebus glass noodle sehingga lembut dan bertukar warna. Kalau noodles tu panjang takut seksa nak makan nanti gunting2 sikit ye. Toskan airnya dan alihkan kedalam mangkuk bayam tadi dan tambahkan 1sudu teh minyak bijan, 1 susu makan kicap soya, 1 sudu teh gula perang dan gaulkan sebati. Lupa pulak…jangan gaulkan dengan bayam tu sekali tau. Susun sebelah je

-Ok sekarang part menggoreng pulak..ambik sedikit minyak goreng, bawang holland dan daun bawang tu goreng kejab & manja-manja je tau dan tabur sikit je garam.

-Then goreng pulak carrot dgn sedikit garam. Goreng hingga lembut bukan lembik tau.

-Kemudian goreng pula cili capsicum pun sama macam goreng carrot.

-Last sekali kita goreng bahan perap tadi iaitu daging dan cendawan shitake. Masak sehingga daging bertukar warna dan lembut.

-Mungkin ada yang tanya kenapa tak goreng semua sekali. Ok ok .. setiap bahan masa menggorengnya tak sama. Takut nanti ada yang over cook la atau keras pulak

-Setiap kali lepas goreng susun kedalam mangkuk besar tadi dan ulang menggoreng bahan2 lain. Memang renyah tapi percaya la hasil dia memang sedap.

-Bila semua dah bersatu dalam mangkuk besar tadi kita cincang seulas bawang putih, 1 sudu makan kicap soya, 1 sudu teh gula perang, ½ sudu teh black paper, 1 sudu teh minyak bijan, ½ sudu teh bijan panggang dan telur dadar hiris. Ahh part yang ditunggu-tunggu..kita gaulkan kesemuanya dan waktu ni kita boleh lah rasa apa yang kurang.

resepi makanan korea

 *Sedap-sedap semuanya! Nak cuba yang mana satu dahulu tu?

Baca juga: Guna 5 Langkah WAJIB Ini Selain Pakai Skincare Kalau Nak Kulit Glowing Macam Pelakon Korea

Sumber: Nur Anny Sofia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×