Dapur

Cara Buat Kerak Nasi Rangup Ala Korea Kegemaran Jennie Blackpink, Tak Sangka Harga RM25!

26
SHARES
kerak nasi

Selebriti popular antarabangsa, Jennie Blackpink memang diketahui sangat menggemari makanan dipanggil nurungji, iaitu kerak nasi ala Korea. Walaupun tiada resepi khusus tentang menu popular di Korea ini, namun  Jennie Blackpink menyebabkan ramai ingin cuba cara buat nurungji rangup ini.

Tak sangka, harga kerak nasi rangup ini apabila ditukarkan kepada mata wang Malaysia adalah sebanyak RM25! Ramai yang terkejut dengan harga menu ‘simple’ ini namun ia menjadi kegilaan ramai terutamanya rakyat Korea Selatan.

Baca juga: Resepi Loaded Nachos Cheese Viral ‘Kegilaan’ Ramai, Buat Sendiri Tak Payah Beratur Lama Dah!

CARA BUAT KERAK NASI RANGUP ALA KOREA MACAM JENNIE BLACKPINK SUKA

kerak nasi

Oleh itu, jom kita pun cuba!

Bahan-bahan:

-Nasi putih (sebaiknya betul-betuk kerak nasi)
-Minyak masak
-Garam (secukup rasa)
-Air

Cara penyediaan:

1.Sediakan nasi: Gunakan nasi yang dah sejuk, lebih baik kalau nasi yang dimasak agak keras sedikit.

2.Ratakan nasi: Letakkan nasi dalam kuali leper anti-melekat, tekan dan ratakan supaya nipis dan padat.

3.Keringkan nasi: Masak nasi atas api sederhana kecil. Biarkan sehingga bahagian bawah keperangan dan garing. Jangan lupa balikkan nasi supaya kedua-dua belah garing.

4.Percikkan air: Apabila nasi dah garing, kecilkan api dan percikkan sedikit air di sekeliling nasi. Ini akan hasilkan wap dan bantu nasi jadi lebih rangup.

5.Tambahkan minyak dan garam: Tuangkan sedikit minyak masak, ratakan. Taburkan garam secukup rasa.

6.Potong dan hidang: Setelah garing sepenuhnya, angkat dan potong nurungji ikut saiz yang disukai. Hidangkan panas.

Tips:

-Boleh tambah perasa lain seperti serbuk cili, kicap cair, atau madu untuk rasa yang lebih menarik.

-Untuk nurungji yang lebih sihat, boleh gunakan minyak bijan atau minyak zaitun.

-Kalau nak rasa macam makan nurungji di restoran Korea, cuba celup dalam sup atau jjigae panas.

@recipie.my RM25 kerak nasi (누룽지) 🍙 Korean traditional snack #recipe #nurungji #jennie ♬ Mantra – JENNIE

*Selamat mencuba!

Baca juga: Didakwa Ada Sisa Kimia, Ini CARA TERBAIK Untuk Bersihkan Buah Anggur Shine Muscat Guna 1 Bahan

Sumber: Tiktok @recipie.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×