Sejak kebelakangan ini, ramai yang berkongsikan di laman media sosial apabila mereka menikmati keenakan Texas Chicken Tenders yang ada di pasaran. Namun, akibat terlampau tinggi permintaan walaupun harganya mahal, maka stok bahan pun asyik habis dan akhirnya kita tidak sempat untuk merasa.
Oleh itu, buat anda yang benar-benar teringin nak rasa isi ayam ini digoreng seperti yang dimakan di Texas, Amerika, berikut merupakan perkongsian resepi yang boleh dicuba di rumah. Malah, ini juga merupakan resepi ‘bajet’ berbanding beberapa versi chicken tenders yang lain!
Baca juga: Jangan Buang Rambut Jagung Yang Berjurai-Jurai, Rupanya PADAT Dengan Khasiat Bila Direbus!
CARA BUAT TEXAS CHICKEN TENDERS VERSI BAJET
#Bahan-bahan:
-Isi ayam
-Tepung beras
-Tepung bestari
Caranya:
1.Gaulkan isi ayam yang dalam bentuk jejari ini bersama dengan tepung beras dan tepung bestari.
2.Kemudian gorengkan dalam minyak panas.
#Bahan sos gaul:
-Mentega
-Madu
-Sos cili
1.Dah siap ayam yang digoreng, masukkan dalam sos ini dan gaulkan bersama supaya nampak berkilat dan ada rasa pedas-pedas ala ‘habanero’ tersebut.
#Pencicah/Garlic Sauce:
-Mayonis
-Bawang putih
-Mixed herbs
1.Ini adalah sebagai pencicah kepada ayam yang digoreng dan sudah berasalut tadi. Barulah lengkap serba-serbi rasanya!
*Siap dan boleh dimakan sepuas-puasnya!
Baca juga: Resepi Nasi Ayam Ekspres, Tak Sampai Satu Jam Dah Siap & Hasilnya ‘Sumpah’ Terliur!
Sumber: Empunya Resepi