Dapur

Resepi Lengkap Nasi Khomok ‘Ori’, Punyalah Sedap Sampai Sekali Suap Dah Boleh Cakap Thai!

2
SHARES
resepi nasi khomok

Salah satu menu dari negara Thailand yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia ada Nasi Khomok. Mungkin kedengaran namanya agak unik namun sebenarnya, resepi nasi khomok ini tidak mempunyai banyak beza dengan resepi nasi beriani. Cuma, anda perlu bijak dalam memilih beberapa bahan supaya ada rasa ‘thai’ tersebut.

Jadi, di bawah merupakan perkongsian resepi lengkap Nasi Khomok yang anda boleh cuba di rumah. Makan di rumah pun dah rasa macam ada di Thailand!

Baca juga: Jangan Buang Rambut Jagung Yang Berjurai-Jurai, Rupanya PADAT Dengan Khasiat Bila Direbus!

RESEPI NASI KHOMOK THAI, LENGKAP DARI A-Z!

resepi nasi khomok

Khao Mok Gai atau Nasi Khomok atau dipanggil juga Nasi Kumok. Sejenis nasi beriani dari Thailand. Khao Mok Gai bermaksud “Chicken buried in rice” bak kata omputihnya. Sedap berempah nasinya.

Bahan Rempah Khomok:

-2 sudu kecil rempah kari daging
-2 sudu kecil rempah korma
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-1 sudu kecil serbuk ketumbar
-½ sudu lecil serbuk jintan putih
-1 sudu kecil garam
-1 sudu besar gula

Nota: Satukan semua bahan, campur sedikit air gaul sebati dan jadikan pes.

Bahan Nasi Khomok:

-½ ekor ayam dipotong ikut suka.
-2 pot beras basmathi/biasa direndam 30 min dan toskan.
-4 sudu besar minyak ghee/minyak sapi
-1 batang kulit kayu manis
-4 biji buah pelaga
-3 kuntum bunga lawang
-5 kuntum bunga cengkih
-1 batang serai diketuk dan dipotong
-3 ulas bawang merah dihiris
-3 ulas bawang putih dihiris
-1 biji bawang besar dihiris
-2-3 pokok daun ketumbar, asingkan akar
-1 genggam daun pudina jika ada
-1 cawan susu cair
-2 cawan air
-1 ketul kiub pati ayam
-Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak sapi kemudian tumis semua bawang, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sampai layu dan harum kemudian masukkan serai dan akar ketumbar dan tumis sampai agak garing.

2. Kemudian masukkan rempah khomok tadi dan kacau sebati sampai harum dan masukkan ayam. Biar ayam bersalut rempah tadi dan masukkan air, susu cair, kiub pati ayam dan juga garam dan gula jika perlu. Biar didih.

3. Dah mendidih, keluarkan ayam. Masukkan daun ketumbar dan pudina serta beras lalu kacau sebati. Boleh pindah ke periuk letrik jika mahu. Kemudian boleh masukkan ayam di bahagian atas jika suka ayam moist berempah(resepi asli). Kemudian tekan on atau masak seperti biasa.

4. Kalau nak ayam garing, ayam yang dah keluar tadi boleh diperap dengan tepung bestari dan daun kari lalu digoreng dengan api kuat sampai garing dan angkat. Kalau rajin, boleh masukkan dalam airfryer pada suhu 200 degree selama 25 minit.

5. Siap dan hidangkan dengan apa jer sambal dan ulam yang ada. Nak makan nasi dengan ayam sahaja pun dah sedap sangat dah.

resepi nasi khomok

Bahan sos nasi:

-Gula somtam
-Daun ketumbar
-Cili padi
-Limau nipis
-Bawang putih
-Sos ikan

1.Kisarkan semua bahan ini menggunakan chopper dan siap!

Versi ayam digoreng.

*Selamat menjamu selera!

Baca juga: Resepi Nasi Ayam Ekspres, Tak Sampai Satu Jam Dah Siap & Hasilnya ‘Sumpah’ Terliur!

Sumber: Khairul AbdullahNorrihan Ars

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×