Sebut sahaja mengenai nasi tomato, sudah pasti kita terbayangkan aromanya yang menjadi kegemaran untuk disajikan semasa kenduri kahwin. Memang boleh dimasak di rumah tapi mesti rasanya tak cukup ‘kick’ macam dimakan di kenduri. Jangan risau kalau mengidam lagi kerana anda boleh cuba resepi nasi tomato simple turun temurun nenek seperti di bawah.
Menariknya, resepinya mudah difahami dan hasilnya sangat menyelerakan!
Baca juga: Akhirnya Jumpa ‘Rahsia’ Arwah Mak Masak Nasi Lemak Susah Basi & Sambal ‘Kick’, Sedapnya!
NASI TOMATO SIMPLE TAPI LENGKAP, RESEPI TURUN TEMURUN ARWAH NENEK
Ini resepi dari arwah nenek, resepi mak saya selalu masak..sampai la saya pun dah mahir buat nasi tomato belah utara ni. Lain orang, lain masakannya kan? Ini resepi turun temurun dari arwah nenek saya, cuma papadom je lupa beli. Kalau ada.. lagi surrrr!
Nasi tomato :
-Beras basmathi elok rendam dulu dalam 1/2jam
-3 1/2 cawan beras basmati
-4 1/2 cawan cecair ( ini termasuk air & susu cair )
-Bawang merah hiris
-Bawang putih hiris
-Halia
-4 sekawan
-Daun pandan
-Minyak sapi
-Daun pudina
-Daun ketumbar
-6 sudu makan tomato puree
-2 sudu makan sunquick
-Kacang hijau dalam tin
-Garam & gula secukup rasa
Cara-caranya:
1.Mula-mula sekali tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan 4 sekawan dalam periuk bersama minyak sapi.
2.Kemudian tumis sampai naik bau dan garing. Lepas tu masukkan beras ke dalam bahan-bahan yang kita dah tumis tadi.
3.Tuang air bersama susu cair,tomato puree dan juga sunquick.
4.Gaul-gaul bagi sebati…perasa dengan garam gula secukup rasa. Biar rasa lagi berlemak.
5.Akhir sekali boleh letak daun pandan, daun ketumbar dan juga daun pudina. Bila nasi dah masak, boleh tabur kacang peas hijau, daun ketumbar sedikit dan juga bawang goreng.
Resepi Ayam masak merah:
Bahan-bahan:
-2 batang serai *
-2 inci halia & lengkuas *
-Bawang merah *
-Bawang putih *
-Halia *
-Cili kisar
-4 sekawan
-Daun pandan
-Susu cair
-Tomato puree
-Kacang hijau peas
-Gula,garam & serbuk perasa secukup rasa
-Daun ketumbar
-Daun pudina
-2 biji tomato
-Bawang holland
-2 biji tomato
-Air secukupnya
Cara-caranya :
1.Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daun pandan & 4 sekawan.
2.Tumiskan bahan yang yang dikisar ( * ) seperti resepi dia atas. Bila bahan tumis dah garing sikit dan naik bau, boleh letak cili kisar.
3.Tumis kesemuanya sehingga pecah minyak dan betul-betul masak kuahnya.
4.Lepas tu, boleh letak ayam yang kita goreng separuh masak. Gaul-gaul bagi sebati semuanya. Tambah air sikit untuk bagi berkuah..
5.Kemudian boleh masukkan susu cair dan tomato puree. Perasakan dengan gula, garam & serbuk perasa dengan secukupnya.
6.Akhir sekali boleh hiriskan tomato. Bubuh dalam ayam masak merah ni bersama daun pudina sekali ( daun pudina ni bagi naik bau dekat ayam masak merah ni & lagi berlemak rasa. ) Last sekali boleh hias bersama daun ketumbar, kacang peas & bawang holland.
Resepi Acar timun nenas:
-Bawang merah
-Carot
-Nenas
-Timun
-Cili merah
-Gula
-Garam
-Cuka
1.Hiris bahan-bahan dia atas, letak dalam mangkuk. Kemudian gaul semua bagi sebati, siap! Jangan lupa makan dengan papadom sekali!
*Terliur bukan? Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Laksa Beras Homemade ‘Sebijik’ Macam Makan Di Perlis, Bebas Pengawet!
Sumber: Nor Atika Nazirah