Dapur

Cara Buat Laksa Beras Homemade ‘Sebijik’ Macam Makan Di Perlis, Bebas Pengawet!

16
SHARES
cara buat laksa beras

Jika anda berkunjung ke negeri yang berada di hujung Utara Malaysia iaitu Perlis, tidak terlepas peluang untuk merasa laksa beras yang sangat enak. Malah, ramai juga yang teringin mempelajari cara buat laksa beras secara homemade supaya boleh dimasak di rumah.

Mempunyai rasa yang unik dan bebas dari pengawet, berikut merupakan tatacara untuk anda buat laksa beras ini di rumah. Pastikan ada bahan-bahan ini supaya jadi sama macam makan di Perlis!

Baca juga: Elak Kena Tipu! Ini Cara Nak Bezakan Madu Asli & Madu Tiruan Yang Ada Di Pasaran

CARA BUAT LAKSA BERAS HOMEMADE

cara buat laksa beras

Bahan-bahan yang diperlukan: 

-1 cawan tepung beras
-1 cawan tepung ubi
-3 sudu makan tepung jagung
-3 sudu makan tepung gandum
-160ml air panas

cara buat laksa beras

Cara-caranya: 

1. Masukkan bahan-bahan kering dalam mesin pembuat mi/pasta.

2. Tutup mesin..tekan suis on. Masukkan air sikit-sikit. Biarkan ia sendiri uli. Tak payah risau-risau. Selesai mesin uli, dia akan picit sendiri laksa tersebut keluar. Pastikan ada dulang untuk tadahkan laksa tu ya.

3. Sementara tu, didihkan air dalam periuk dan sediakan satu bekas air sejuk untuk merendam laksa yang telah direbus.

4. Masukkan laksa yang telah dipicit keluar dalam air mendidih sehingga laksa timbul ke permukaan..ulang langkah sehingga laksa habis direbus ya..

*Selamat mencuba! Resepi ni menghasil 1kg++ laksa homemade tau. Memang sangat berbaloi dan menjimatkan!

Baca juga: Cara Buat Perahan Air Asam Jawa Dengan Betul, Barulah Dapat Yang Asli & Pekat!

Sumber: Wo-aini Crafter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×