Dapur

Laksa Lemak Siam Kini Jadi Menu ‘Hot & Trending’, Kalau Teringin Boleh Cuba Ikut Resepi INI!

25
SHARES
laksa lemak siam

Sejak kebelakangan ini, menu laksa lemak Siam menjadi bualan hangat dan termasuk dalam makanan ‘trending’. Bukan sahaja ramai yang berkongsikan resepi, malah anda juga boleh dapatkan laksa ini dijual di kebanyakkan restoran dan gerai-gerai!

Namun, untuk merasai laksa lemak Siam yang betul-betul sedap adalah sangat sukar kerana ramai yang masih belum mahir dalam cara penyediaannya. Oleh itu, seorang pempengaruh terkenal dikenali sebagai Cikgu Garang di lama Tiktok berkongsikan resepi laksa lemak ini yang turut menjadi punca pendapatannya.

Baca juga: Ibu Kongsi Menu Bekal ‘Wow’ Untuk Anak Sekolah Menengah Atas, Kawan-Kawan Pun Nak Rasa!

MENU TENGAH TRENDING, INI RESEPI LAKSA LEMAK SIAM

laksa lemak siam

Foto: Shah_Shatry

Bahan kuah:

-1 kilogram ikan selayang / kembung
-1 biji bawang merah**
-1 biji bawang putih*3 keping asam gelugur*
-Air tenggelam ikan**
-1 biji santan segar atau kotak
-6 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia
-1 inci lengkuas
-2 ketul kunyit
-4 batang serai
-1 sudu kecil biji lada hitam
-10 tangkai cili api
-1 inci belacan
-1 genggam daun selasih
-5 helai daun limau purut
-Bahan perasa (gula, garam dan serbuk perasa)

Bahan ulam:

-Kacang panjang
-Daun laksa
-Bunga kantan
-Timun
-Taugeh
-Cili padi
-Limau kasturi
-Daun selasih

Cara membuat kuah:

1.Rebus ikan dengan asam gelugur, hirisan bawang merah, bawang putih dan air sampai ikan masak.

2.Asingkan isi dengan tulang ikan. Kisar halus isi ikan dengan air rebusan tadi.

3.Kemudian, kisar tulang ikan sampai halus dan tapis minimum dua kali.

4.Kisar halus bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, kunyit, serai, cili, belacan dan lada hitam.

5.Masukkan bahan kisar, isi ikan, air tulang ikan dan santan cair dalam periuk. Masak sampai mendidih.

6.Masukkan daun limau purut, asam gelugur, daun selasih, gula dan garam.

7.Akhir sekali masukkan santan pekat dan serbuk perasa. Masak dengan api kecil anggaran 30 minit kemudian boleh tutup api. Siap!

laksa lemak siam

Foto: Shah_Shatry

Selamat mencuba!

Baca juga: Makcik ‘Otai’ Kongsi Cara Masak Bihun Goreng Tak Putus & Kenyal Elok, Jadi Berkali Ganda Sedap!

Sumber: Sinar Harian Plus, Tiktok @cikgugarang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×