40 Minggu

Gara-Gara Jamah Hanya 3 SUDU Laksa Lepas Berpantang, Wanita Ini Tanggung Azab Sakit Sampai Ke Hospital

13
SHARES
pantang makan laksa

Terdapat satu perkongsian di laman media sosial apabila seorang wanita yang dahulunya kurang mempercayai tentang petua orang tua iaitu mengenai pantang makan laksa. Namun kini, setelah mengalami sendiri kesakitan akibat tidak berpantang selepas bersalin, wanita ini sudah serik!

Sebab itulah, segala petua yang diberikan oleh orang lama jangan ditolak tepi walaupun anda hidup dalam zaman serba canggih.

Baca juga: Hanya 3 NEGERI Sahaja Masih ‘Subur’ Lahirkan Bayi Yang Cukup Untuk Stabilkan Populasi

GARA-GARA TAK PANTANG MAKAN LAKSA, AZAB SAKIT SAMPAI PERGI HOSPITAL!

pantang makan laksa

Wanita tersebut berkongsi bahawa dia menderita kesakitan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital gara-gara makan asam laksa, yang tidak sepatutnya dimakan semasa berpantas selepas bersalin.

“Orang cakap lepas bersalin kena pantang laksa setahun. Korang percaya fakta ini? Saya dah percaya kerana saya makan asam laksa, tak banyak pun. Tiga sudu sahaja, sampai sekarang dah lebih dari 24 jam saya tanggung sakit angin dalam badan!”

Menurutnya, dia sudah cuba makan ubat, ambil darah, x-ray, dan periksa jantung semuanya dalam keadaan elok. Namun, kesakitan yang dialami masih belum kurang.

Dia tidak menyangka hanya dengan makan laksa dalam kuantiti sedikit mampu mengundang kesakitan yang teruk memandangkan sudah melepas tempoh pantang ‘kritikal’ 100 hari selepas bersalin. Selepas pelbagai rawatan moden tidak berjaya, dia cuba pula rawatan alternatif iaitu mendapatkan air penawar dari ustaz. Nampaknya, dengan cara ini barulah berhasil apabila sakit badan serta demam berkurangan.

Perkongsian di Tiktok ini meraih lebih 60,000 jumlah tonton dan semestinya ruangan komen meriah dengan golongan ibu yang turut menceritakan pengalaman masing-masing.

“Betul laksa kena pantang. Saya sampai masuk hospital tengah malam sakit perut. Esoknya majlis cuku jambul anak. Sedih time majlis terlantar dalam bilik..”

“Saya makan cempedak goreng lepas bersalin 3 bulan. Menanggung angin dalam badan sampai tak boleh berjalan”

pantang makan laksa

*Oleh itu, ada sebabnya orang dulu-dulu mementingkan amalan berpantang ini. Boleh dapatkan nasihat daripada dokto dalam masa yang sama, jaga amalan turun temurun orang lama supaya lebih stabil kesihatan itu.

Baca juga: Petua Dapat Zuriat Dengan Mandi Hujan, Pasangan Romantis Ini Mencuba Nasib

Sumber: Mstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×