Setakat ini, populasi Malaysia dianggarkan mencecah 34 juta penduduk merangkumi semua peringkat umur. Namun, kalau dilihat dari tahun 80-an sehingga kini, jumlahnya semakin menurun dengan ada yang mengatakan bahawa semakin sedikit jumlah kelahiran anak berlaku akibat merancang.
Perkara ini sebenarnya agak merisaukan kerana jika tidak mempunyai populasi penduduk yang stabil, macam mana kita nak lahirkan generasi muda yang bertenaga dan kuat semuanya?
Baca juga: Wanita Bersalin Kembar Tiga Terkejut, Mak Mentua Minta Serah Anak Seorang Dekat Kakak Ipar
POPULASI MALAYSIA BERKURANGAN, WANITA KENA LAHIRKAN 2-3 ANAK UNTUK KEMBALI STABIL
Tahukah anda, pada tahun 1980, setiap wanita di Malaysia memiliki 4.9 anak per wanita. Namun, pada tahun 2022, angka ini telah menurun kepada 1.6 anak per wanita sahaja, iatu JAUH di bawah paras penggantian (replacement level) iaitu 2.1.
Hanya penduduk di Terengganu, Kelantan, dan Pahang masih menghasilkan bayi yang mencukupi untuk mengekalkan populasi mereka dengan 2.5 anak per wanita. Negeri seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menunjukkan kadar kesuburan yang sangat rendah pada tahun 2022, dengan masing-masing 1.2 dan 1.4 anak per wanita. Apakah implikasi penurunan ini?
Bilangan anak yang terlalu rendah boleh menyebabkan penurunan populasi, peningkatan jumlah warga emas, dan tekanan terhadap sistem sokongan sosial. Mungkin sudah tiba masanya untuk memikirkan semula dasar-dasar keluarga, sokongan kepada ibu bapa, dan cara kita boleh mencipta persekitaran yang lebih mesra keluarga.
Jika tidak buat anak sekarang, nanti dalam 20 tahun, malaysia akan dipenuhi orang tua. Tiada tenaga mencukupi untuk bekerja. Jika anda merancang untuk meningkatkan populasi Malaysia, boleh mula ambil folic acid.
JARAKKAN KEHAMILAN, MERANCANG TIDAK BERMAKSUD TAK PERLU ADA ANAK
Menariknya, ada satu komen yang mendapat perhatian apabila seorang lelaki berkongsikan dia merancang jarak kehamilan atas beberapa faktor dan ramai memujinya!
Saya jarak kehamilan isteri kerana beberapa perkara utama:
1. Menjaga kesihatan rahim isteri
2. Menjaga kesihatan mental isteri
3. Membantu perkembangan otak anak
4. Memudahkan saya menguruskan rumahtangga
5. Memudahkan saya menguruskan ekonomi keluarga
4 orang anak semuanya lelaki berumur 4 tahun, 7 tahun, 10 tahun dan 13 tahun.
Kaedah merancang
1. Pengiraan hari subur isteri berdasarkan kitaran haid
2. Implan
-Alhamdulillah
Berdasarkan komen ini, Public Health turut bersetuju dengan menyatakan bahawa jarak terbaik antara kelahiran anak untuk merancang keluarga biasanya disarankan adalah 18 hingga 24 bulan selepas kelahiran anak sebelumnya sebelum mencuba untuk hamil lagi.
Merancang keluarga TIDAK semestinya bermaksud menghadkan atau melarang mendapatkan anak. Sebaliknya, ia merujuk kepada perancangan yang bijak dan bertanggungjawab terhadap bilangan anak, jarak kelahiran, serta masa yang sesuai untuk mempunyai anak, berdasarkan keadaan kesihatan, kewangan, dan kemampuan pasangan tersebut.
*Ayuh kita berusaha untuk naikkan semula populasi Malaysia! Kena kahwin tapi calon belum jumpa…
Baca juga: 5 Jenis Rawatan Kesuburan Di Malaysia Ikut Bajet Paling Tinggi Hingga Harga Berpatutan
Sumber: Public Health