Turunnya air hujan dari langit ciptaan Allah SWT ini sering mewujudkan rasa aman dan sejuk dalam hati. Betapa nikmatnya apabila melakukan aktiviti seharian ketika cuaca di luar adalah hujan sedap-sedap rasa. Kalau zaman kecil dahulu, kita pastinya akan terus berlari dan mandi hujan di luar rumah!
Namun, tahukah anda bahawa rahmat mandi air hujan ini juga dikatakan mampu untuk memberi keajaiban buat pasangan yang sedang ikhtiar hamil atau TTC (trying to conceive). Tak salah untuk mencuba bukan?
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Perjalanan Semasa TTC & Apa Kena Buat, InsyaAllah Berjaya Dapat Zuriat!
MANDI AIR HUJAN UNTUK DAPAT ZURIAT, TTC
Terjumpa satu perkongsian di laman Tiktok oleh seorang wanita bernama Nurul Erma Shadila, memaparkan dia dan suami riang-ria bersama-sama mandi hujan. Menurutnya, ini merupakan salah satu cara mereka ikhtiar untuk mendapatkan zuriat atau TTC (trying to conceive).
Ini merupakan nasihat yang diberikan oleh rakan-rakan serta orang luar untuk mereka cuba mandi hujan kerana dikatakan air hujan yang diturunkan oleh All SWT mempunyai rahmatnya tersendiri.
Tidak ketinggalan, perkongsian ini dibanjiri dengan komen netizen yang hadir berkongsikan beberapa petua untuk pasangan ini malah mendoakan supaya urusan mendapatkan zuriat mereka berhasil. Ada yang menyarankan untuk setiap pasangan TTC yang mahu mandi hujan untuk tidak memakai kasut dan pijak tanah Bumi ini.
“Buka kasut kaki pijak tanah mandi hujan sambil berdoa meminta insyaAllah Allah dengar dan makbulkan..”- netizen
Ada juga yang menyarankan bahawa boleh untuk mandi hujan tetapi biarkan terdedah betul-betul di bawah langit dan bukan air yang mengalir dari atap. Selain menggunakan teknik mandi air hujan, mungkin boleh cuba juga untuk memberi makanan kepada mana-mana kucing mengandung yang anda terjumpa dan minta kucing untuk doakan kita.
APA KAITAN TTC? ADA KEAJAIBANNYA..
Jadi ada yang bertanyakan soalan mengenai sahih atau tidak riwayat yang mengatakan Rasulullah SAW akan membuka sedikit baju ketika hujan dan membiarkan air hujan mengenai badan baginda secara langsung kerana ada rahmat? Jazakallah.
Berikut merupakan jawapan dari Dr.Rozaimi Ramlee yang mengatakan memang sahih mengenai hadis yang dipersoalkan itu.
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ أَنَسٌ : ” أَصَابَنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطَرٌ ، قَالَ : فَحَسَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَوْبَهُ حَتَّى أَصَابَهُ مِنَ الْمَطَرِ ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا ؟ قَالَ : ” لِأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى ” .
Anas ra berkata: Kami bersama-sama Rasulullah saw pernah ditimpa hujan, lalu Rasulullah saw menyelak pakaiannya, sehingga hujan menimpa (tubuhnya). Kami bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa engkau lakukan hal ini. Baginda saw menjawab: Kerana ia adalah makhluk yang Allah baru ciptakan. [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Istisqa, hadis no: 898]
Imam an-Nawawi menghuraikan hadis di atas:
معناه أن المطر رحمة ، وهي قريبة العهد بخلق الله تعالى لها فيتبرك بها . وفي هذا الحديث دليل لقول أصحابنا أنه يستحب عند أول المطر أن يكشف غير عورته ليناله المطر ، واستدلوا بهذا وفيه أن المفضول إذا رأى من الفاضل شيئا لا يعرفه أن يسأله عنه ليعلمه فيعمل به ويعلمه غيره .
Hadis ini bermaksud: Hujan adalah rahmat, ia merupakan ciptaan Allah yang baru sahaja diciptakan, maka Nabi saw mengambil bertabarruk (ambil berkat) dengannya. Hadis ini merupakan dalil kepada pendapat ulama mazhab Syafie bahawa digalakkan untuk membuka (tubuh) yang bukan aurat pada awal turunnya hujan, agar air hujan dapat kena padanya. Hadis ini jua menunjukkan apabila seseorang melihat orang yang lebih mulia/alim melakukan sesuatu, sedangkan dia tidak mengetahuinya, maka hendaklah orang itu bertanya kepada orang yang lebih mulia tadi agar dapat mengamalkannya, dan mengajarkan orang lain. [Syarah Sahih Muslim]
@ermashaaa Semoga kita dapat apa yang kita usahakan. Inshaa Allah♥️ ttc 4 tahun 🥺 #fyp #hamil #ikhtiarhamil ♬ original sound – MaSha🦋
*Sebab itulah setiap kali waktu hujan disebut bahawa antara waktu mustajab untuk berdoa dan seringkali orang akan mengucapkan Alhamdullillah apabila hujan kerana turunnya rahmat…
Baca juga: 7 Jenis Makanan Yang Kaya Dengan Asid Folik, Badan Bakal Mommy Makin Subur & Sihat!
Sumber: Tiktok @ermashaaa, Dr.Rozaimi Ramlee