40 Minggu

Wanita Ini Kongsi Perjalanan Semasa TTC & Apa Kena Buat, InsyaAllah Berjaya Dapat Zuriat!

3
SHARES
cara nak dapat anak

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, sudah semestinya tidak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata sebagai penyeri alam rumahtangga bukan? Namun, proses dan cara nak dapat anak ini bukanlah hal yang semudah ABC kerana ada pasangan yang menanti bertahun-tahun untuk dapatkan anak.

Proses yang dikenali sebagai Trying to Conceive ( TTC) mula dipraktikkan ramai dalam kalangan wanita yang sukar mendapat zuriat. Ada yang sudah mencuba berkali-kali namun masih tidak berjaya. Oleh itu, seorang wanita di laman X ini berkongsikan perjalanan TTC dirinya dan apa anda perlu lakukan.

Baca juga: Cara Bertangas Atau ‘Sitz Bath’, Mommy Hamil Pun Boleh Buat Untuk Elak Gatal Di Kemaluan

WANITA KONGSI PERJALANAN ‘TTC’, CARA NAK DAPAT ANAK

cara nak dapat anak

Sebelum kahwin, I jenis period datang 2 bulan sekali tau. Dah check klinik pun tetap macam tu juga. Jadi, sebelum kahwin, I dah ingatkan dekat suami pasal situasi I dan bagaimana kalau tak dapat anak dan sebagainya. Alhamdulillah suami okay. Part ni penting untuk cari suami yang faham situasi you. Ye lah, ada sesetengah lelaki lepas kahwin wajib ada anak kan. Selain itu,  i punya TTC tak ada la lama sangat, hampir setahun. Tapi I share je lah kan apa yang i buat.

1.Makan asid folic

First thing yang i buat, makan Folic Acid. Sangat penting ye untuk pertumbuhan bayi dalam rahim. Yang nak kahwin pun boleh makan 3 bulan sebelum nikah. Yes, lelaki pun boleh makan. Suami I pun makan juga. Ramai yang TTC makan yang jenama Appeton tu, tapi masa i makan, selera makan naik mendadak jadi I tukar ke Hovid, Alhamdulillah serasi.

2.Waktu subur kena jaga

WAJIB track waktu subur lagi-lagi sebab period I jenis tak teratur kan. Susah nak jumpa waktu subur.

3.OPK Test

Hari-hari wajib celup OPK ni, cari yang sensitivity dia 25 minit tau, lebih tepat. Ini brand yang i penah pakai (TRB) dan keputusan lebih tepat. Waktu terbaik untuk celup masa pukul 11pm sehingga 7pm SAHAJA dan sejam sebelum celup kena puasa air. Kalau malas nak tampal-tampal, anda boleh pakai aplikasi Ovulation Tracker Premom ni. Nanti dia akan tunjuk waktu bila kita peak hour.

4.Makan fish oil

Untuk bacaan OPK, kena sama-sama pekat atau control line pekat baru dikira subur. Untuk 2 bulan pertama, i tak jumpa waktu subur jadi i tambah Fish oil dalam supplemen harian. Fish oil ni bagus untuk matangkan telur. Lepas sebulan consume, yesss jumpa waktu subur.

5. Kalau ada PCOS jangan ambil evening primrose

If ada PCOS, jangan makan yang ada evening primrose oil ya. Walaupun dah jumpa waktu subur pun masih gagal  TTC, so i tambah lagi satu rutin iaitu Basal Body Temperature (BBT). Bila track ikut suhu badan ni, normally memang 95% tepat lah.

6. BBT, guna termometer

Wajib guna thermometer yang 2 titik perpuluhan ya. BBT ni leceh sikit sebab bacaan kena ambil hari-hari waktu yang sama & wajib tengah pagi. I biasa track pukul 5 pagi, set la alarm hari-hari dan bacaan ambil bawah lidah. Boleh pakai aplikasi Fertility Friend Ovulation untuk isi bacaan BBT harian, nanti keluar graf. Alhamdulillah, bulan pertama i buat OKP dan BBT ni baru la berjaya hamil. Itu pun cycle i panjang tau, 65 hari. Normal biasa 28-30 hari je.

Bila suhu badan dah mula naik tu, biasa berjaya. Tapi teruskan track sampai suhu terus naik. Kadang-kadang bacaan BBT ni pun boleh bagi harapan palsu tau. Dah elok naik, tiba-tiba graf mula menurun. Time tu dah boleh agak la period nak datang.

Jadi, ketika suhu badan naik tu, banyakkan makan brokoli, bunga kobis, buah kiwi dan makanan yang boleh naikkan progesterone hormone. Untuk suami, 2 supplements ini (Speman dan Surbez Zinc) popular juga. Penting tau untuk suami bagi kerjasama bila nak TTC ni, baru la kita tak syok sendiri.

cara nak dapat anak

*Selamat mencuba dan semoga dipermudahkan urusan!

Baca juga: 7 Jenis Makanan Yang Kaya Dengan Asid Folik, Badan Bakal Mommy Makin Subur & Sihat!

Sumber: X @erzxzh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×