40 Minggu

7 Jenis Makanan Yang Kaya Dengan Asid Folik, Badan Bakal Mommy Makin Subur & Sihat!

13
SHARES
vitamin asid folik

Sudah semestinya ramai yang tahu bahawa pengambilan vitamin asid folik dalam kalangan wanita yang ingin hamil adalah penting. Malah, sejurus sahaja berkahwin pengambilan vitamin ini perlu secara berterusan supaya memudahkan proses penyuburan dalam badan.

Namun, selain mengambil asid folik dalam bentuk vitamin tambahan, ada juga beberapa jenis makana yang kaya dengan kandungan khasiat ini. Anda boleh tambahkan ke dalam diet seharian supaya sistem peranakan menjadi lebih subur dan sihat!

Baca juga: Mommy Hamil Elak Pakai Skincare Yang Ada 2 Bahan Ini, Boleh Jadi Punca Janin Cacat

7 JENIS MAKANAN KAYA VITAMIN ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL

vitamin asid folik

1.Salmon

Salmon adalah salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia ini. Ikan berlemak popular ini sarat dengan nutrien dan boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit. Selain rasnaya yang sedap, ikan ini juga serba boleh dan banyak didapati, malah salmon juga merupakan ikan yang mengandungi asid folik.

Menurut sumber kesihatan, jumlah asid folik tertinggi terdapat dalam ikan salmon dan salmon chinook yang mengandungi 35 ug asid folik setiap 100g.

2.Pisang

Disebut sebagai buah syurga, pisang juga merupakan buah yang mengandungi asid folik yang tinggi dan mudah membantu memenuhi keperluan harian Ibu. Pisang sederhana boleh membekalkan 23.6 mcg folat, atau 6% daripada DV. Pisang juga kaya dengan nutrien lain, termasuk kalsium dan vitamin B6.

3.Kubis Brussels

Kubis Brussels penuh dengan vitamin dan mineral, terutamanya asid folik. Walaupun harga sedikit mahal, hidangan setengah cawan (78 gram) kubis Brussels yang dimasak boleh membekalkan 47 mcg folat, atau 12% daripada pengambilan harian. Sayuran ini juga merupakan sumber kaempferol yang hebat, antioksidan yang dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan.

4.Telur

Menambah telur ke dalam diet anda adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan beberapa nutrien penting dalam badan. Selain itu, telur juga termasuk dalam senarai makanan yang mengandungi asid folik dan khasiat lain seperti:

-Protein
-Selenium
-Riboflavin
-Vitamin B12

Selain itu, ia tinggi dengan lutein dan zeaxanthin, 2 antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko gangguan penglihatan mata.

5.Buah citrus

Selain sedap dan kaya dengan rasa, buah-buahan seperti oren, belimbing dan limau kaya dengan folat. Hanya sebiji oren besar mengandungi 55 mcg folat, atau sekitar 14% daripada pengambilan harian.

6.Avokado

Selain rasanya yang unik, avokado juga merupakan makanan yang mengandungi asid folik. Menurut laporan dari Pusat Data Makanan, separuh daripada avokado mentah mengandungi 82 mcg folat, atau sekitar 21% daripada jumlah yang anda perlukan sepanjang hari. Di samping itu, avokado kaya dengan kalsium dan vitamin K, C, dan B6.

7.Ketam

Ketam juga merupakan salah satu jenis makanan laut yang mengandungi asid folik dengan menyediakan 37 mikrogram folat untuk setiap hidangan 3 auns. Jika mama menyukai makanan laut, sudah tiba masanya untuk menambah beberapa kaki ketam dalam diet anda. Sedap!

vitamin asid folik

*Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tanda Kepala Bayi Sudah ‘Jatuh’ Ke Bawah, Mommy Dah Bersedia Nak Bersalin!

Sumber: CDC Gov, The Healthy.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×