40 Minggu

Cara Makan Pil Perancang Yasmin Dengan Betul, Jangan Terkejut Kalau Haid Tiba-Tiba Ada..

19
SHARES
cara makan pil perancang

Pil perancang merupakan salah satu kaedah kontraseptif untuk merancang kehamilan. Walaupun terdapat pelbagai jenis pil pencegah kehamilan di pasaran tetapi masih ramai juga tidak tahu cara makan pil perancang ini dengan betul. Bila baca panduan di pek, agak memeningkan juga ya.

Disebabkan masih ramai dalam kalangan wanita yang keliru dengan cara pengambilan pil perancang ini, ada perkongsian di laman Twitter dari seorang ahli farmasi dikenali sebagai Fahmi Hassan, menjelaskan tatacara yang betul untuk makan pil perancang ini.

Baca juga: Ini 5 Jenis Pilihan Pil Perancang Yang TERBAIK, Doktor Pun Sarankan Tau!

CARA MAKAN PIL PERANCANG YASMIN, JANGAN PENING-PENING

cara makan pil perancang

Ada soalan dari seorang wanita bertanyakan, macam mana cara yang betul untuk makan pil perancang. Risau tersalah cara, tidak menjadi pula.

Pil pencegah kehamilan (OCP) ini adalah kategori pil kombinasi estrogen ethinyl estradiol dan progestin (drospirenone). Pil hormon ini membantu menghalang proses ovulasi dan mengubah keadaan serviks.

Ubat jenis ini boleh datang dalam pek 28 pil, atau pek 21 pil. Seperti di dalam gambar merupakan pil Yasmin yang menjadi pilihan ramai sebagai langkah pencegahan.

Menurutnya, satu pek yang mengandungi 21 pil ini diambil setiap hari. Walaupun selepas habis pek, kebiasaannya haid akan datang beberapa hari selepas itu, jadi pek berikutnya perlu dimakan selepas hari ketujuh pil terakhir diambil.

Bukan itu sahaja, pek 28 hari mengandungi 21 pil aktif dan 7 pil tidak aktif. Untuk pek seperti ini, penting untuk pil diambil mengikut turutan bagi memastikan pil aktif dan tak aktif diambil mengikut masa yang betul.

Walaupun fungsi utama OCP adalah untuk mencegah kehamilan, ia juga boleh digunakan untuk merawat beberapa penyakit lain. Apa yang penting adalah untuk dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat ini ya!

*Ada banyak lagi pilihan pil perancang di pasaran yang anda boleh dapat. Pastikan untuk tanya dahulu ahli farmasi atau pakar tentang pemilihan ubat ini ya.

Baca juga: Keluar Lendir Dari Miss V, Ini Tanda Wanita Sedang Ovulasi & Waktu Subur Untuk Hubungan Kelamin!

Sumber: Twitter @FahmiHassan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×