Sihat

Keluar Lendir Dari Miss V, Ini Tanda Wanita Sedang Ovulasi & Waktu Subur Untuk Hubungan Kelamin!

51
SHARES
tanda ovulasi wanita

Salah satu tempoh yang paling dikejarkan dan dinanti-nantikan oleh pasangan berkahwin yang ingin hamil adalah waktu subur seseorang wanita atau dikenali ovulation. Ia juga adalah ‘tanda amaran’ bagi pasangan yang sedang berusaha menjarakkan kehamilan secara semulajadi. Risau pula kalau ‘terlajak perahu’ bila tidak kenalpasti tanda ovulasi wanita bukan?

Inilah yang menjadi persoalan ramai wanita yang tidak peka sama ada kita sedang dalam waktu subur atau tidak. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang tidak mempunyai kitaran haid tetap sama ada akibat stres, ketidakseimbangan hormon, atau yang sedang menyusu badan selepas bersalin. Macam mana nak tahu?

TANDA OVULASI WANITA, KENAPA KENA TAHU WAKTU SUBUR INI?

tanda ovulasi wanita

Ovulasi selalunya berlaku antara hari ke-11 dan ke-21 kitaran haid. Namun, setiap wanita melalui proses ovulasi mengikut jadual menstruasi mereka tersendiri. Ada juga yang mengatakan bahawa ovulasi berlaku pada hari ke-14 kitaran tetapi itu hanyalah penanda aras.

Satu kajian mendapati, kurang daripada 10% wanita dengan kitaran 28 hari mengalami ovulasi pada hari ke-14. Ah peningnya!

Waktu subur atau tempoh ovulasi merupakan proses ketika sel telur (ovum) dikeluarkan dari folikel yang sudah matang ke tiub falopio untuk disenyawakan. Jika sperma lelaki dapat bertahan selama 7 hari dalam vagina, sel telur wanita hanya dapat bertahan paling lama 24 jam setelah dikeluarkan.

Menurut kajian perubatan, seorang wanita memiliki masa subur sekitar 6 hari dalam 1 bulan. Dalam 6 hari ini, terdapat 1-2 hari yang dikatakan ‘paling subur’. Biasanya, ia turut diikuti dengan beberapa tanda yang dapat dirasai secara fizikal.

Oleh sebab itulah anda dan pasangan digalakkan melakukan hubungan intim pada saat ini atau sebelumnya supaya sel telur (ovum) dan sperma dapat bertemu pada jangka waktu tersebut. Potensi untuk hamil selepas hubungan ini juga dikatakan amat tinggi!

APA YANG ANDA AKAN RASA?

tanda ovulasi wanita

Kalau anda perasan, selepas selesai mengalami kitaran haid ada ketika yang anda ‘pantang’ disentuh oleh pasangan kerana akan memberikan reaksi yang lebih dari normal. Ini merupakan salah satu tanda anda sedang mengalami waktu subur wanita atau tanda ovulasi. Berikut merupakan tanda-tandanya:

– Lendir serviks yang keluar kelihatan seperti keputihan warna telur.

-Suhu badan meningkat. Tiba-tiba asyik rasa panas khususnya pada waktu pagi.

-Rasa sakit badan terutama sekali di bahagian sulit.

-Kembung perut.

-Payudara menjadi lembut atau keras, lebih sensitif.

-Kekejangan

-Tompok-tompok di badan.

Dorongan melakukan seks lebih tinggi, rasa ghairah.

-Anda perlu track semula kitaran anda selama beberapa bulan untuk mengetahui berapa lama yang selalu dialami. Anda mungkin mengalami ovulasi sekitar tarikh pertengahan kitaran haid, sama ada beberapa hari sebelum atau selepas.

tanda ovulasi wanita

Ramai juga yang bertanya adakah pada waktu ovulasi ini sahaja yang boleh menjadi faktor anda hamil? Menurut laporan Healthline, TIDAK.  Seperti yang diketahui, telur wanita dapat bertahan selama 12-24 jam manakala sperma boleh hidup dalam saluran pembiakan dalam keadaan normal selama kira-kira 7 hari. Jadi, jika anda melakukan hubungan seks pada hari-hari menjelang ovulasi atau pada hari ovulasi itu sendiri, anda mungkin hamil.

Tetapi, jika anda berniat untuk tidak hamil dalam waktu tersebut, seelok-eloknya menggunakan langkah pencegahan hamil yang selamat semasa proses ovulasi ini. Jangan tersentuh suami banyak kali sangat ya!

Sumber: Medical News Today, Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×