Famili

[VIDEO] “Ketika Isteri Tengah Dalam Haid Boleh Bercium Ke?” – Ini Jawapan Ustaz

30
SHARES

Umum mengetahui dalam Islam pasangan suami isteri diharamkan untuk bersetubuh ketika isteri haid kerana ia meningkatkan risiko jangkitan penyakit kelamin. Walau bagaimanapun, masih ada juga pasangan suami isteri yang keliru adakah mereka boleh melakukan perkara ‘ringan-ringan’ seperti bercium.

Kekeliruan tersebut dijawab oleh Ustaz Noor Hafiz yang merupakan seorang guru KAFA di Pulau Pinang, beliau menjelaskan pertanyaan pengguna TikTok yang bertanya mengenai hubungan seksual semasa isteri haid.

Baca juga: Ibu Boleh Amalkan 8 Doa Mustajab Ini Supaya Anak Rajin Solat & Tak Degil

“KETIKA ISTERI TENGAH DALAM HAID BOLEH BERCIUM KE?

“Kalau bersama ketika haid contoh cium sahaja tanpa menyentuh kelamin isteri, apa hukumnya ustaz?,” ujarnya.

Menurut Ustaz Noor Hafiz, ketika wanita haid, pasangan suami isteri boleh bercium dan hanya dua perkara tidak dibenarkan iaitu tidak boleh melakukan persetubuhan di mana memasukkan zakar dalam faraj isteri.

@noorhafiz91

Membalas kepada @abemat893 ketika isteri haid dibolehkan melakukan perkara ringan-ringan. #tiktokguru #jawapan #jombelajar

♬ bunyi asal – Noor Hafiz Official – Noor Hafiz Official

Yang kedua, suami tidak boleh bermesra-mesraan antara pusat isteri hingga lutut secara langsung tanpa lapik. Hanya dibenarkan daripada pusat isteri hingga hujung rambut dan lutut hingga ke bawah sahaja.

Bagi menjawab pertanyaan pengguna media sosial itu, beliau menjelaskan suami isteri boleh melakukan perkara ‘ringan-ringan’ ketika isteri haid.

Moga memberi manfaat dan menjawab persoalan.

Sumber: TikTok Ustaz Noor Hafiz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×