Nur

Ibu Boleh Amalkan 8 Doa Mustajab Ini Supaya Anak Rajin Solat & Tak Degil

22
SHARES

Semua ibu bapa pasti mahu anaknya berjaya, dilindungi daripada bahaya, hasad dengki, dapat jodoh yang terbaik, rajin solat dan sebagainya. Seperti mana kita tahu, doa seorang ibu memiliki banyak keutamaan dan Allah mengangkat darjat tinggi seorang ibu yang telah berjuang keras untuk membesarkan anak-anaknya dengan ilmu dan kasih sayang.

Berikut merupakan 8 doa mustajab ibu boleh baca untuk si anak sejak dalam kandungan lagi. Boleh amalkan dan semoga semua doa dimakbulkan. Amin…

Baca juga: Tanam Jambang Dilarang Dari Sisi Islam Kecuali Untuk Tujuan Perubatan Penyakit

IBU BOLEH AMALKAN 8 DOA MUSTAJAB INI

1- Doa untuk mengatasi anak yang nakal

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” [Surah Al-Furqan: 74]

2- Doa agar anak rajin solat

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. [Surah Ibrahim: ayat 40]

3- Doa dapat keturunn yang baik

Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.” [Surah Ali-Imran: ayat 38]

4- Doa agar dikurniakan anak

Maksudnya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.” [Al-Anbiya: 89]

Ibu-bapa berdoa untuk anak

5- Doa anak soleh

Maksudnya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.” [As-Saffat: 100]

6- Doa memohon anak & keturunan yang soleh

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhoi & perbaikilah keturunanku (Surah Al Ahqaf, Ayat 15)

7- Doa anak dilembutkan hati

“Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan & belas kasihanNya) kpd hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kpd sesiapa yg dikehendakiNya (menurut aturan yg telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” [As-Syura Ayat 19]

8- Doa agar diberikan rahmat

Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat. [Al-Mukminun, Ayat 109]

doa untuk anak

Sehebat mana pun kita menjaga, Allah jualah sebaik-baik penjaga. Semoga anak-anak kita semua sentiasa dalam jagaan Allah. Aminn.

Sumber: Twitter Aisyah Shahid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×