Nur

Tanam Jambang Dilarang Dari Sisi Islam Kecuali Untuk Tujuan Perubatan Penyakit

1
SHARES

Gaya lelaki berjambang sudah menjadi trend kerana kelihatan lebih menarik dan tampan. Walau bagaimanapun, masih ada segelintir dalam kalangan kita yang tidak tahu hukum sekiranya mencipta jambang kaedah menanam dan bukan secara semulajadi.

Menerusi artikel terbaharu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menegaskan bahawa mencipta jambang dengan kaedah menanam semata-mata ingin menjaga imej adalah dilarang dalam Islam.

Baca juga: Betul Ke Syaitan Masuk Rumah Yang Tak Tutup Pintu Ketika Waktu Maghrib?

TANAM JAMBANG DILARANG DARI SISI ISLAM

SOALAN: 

Assalamualaikum. Sekarang ni saya nampak macam dah trend lelaki menanam jambang lebih lebih lagi mereka yang berkemampuan dan berpengaruh.  Persoalannya, apakah hukum menanam jambang? 

JAWAPAN:

Mencipta jambang yang secara fitrah asalnya memang tidak tumbuh, kemudian menanam  jambang hanya semata – mata untuk kesempurnaan penampilan  imej bagi kaum lelaki adalah dilarang.

Ia hanya diharuskan bagi tujuan merawat penyakit atau menghilangkan aib akibat ditimpa penyakit, kemalangan, terbakar atau yang seumpamanya daripada perkara-perkara yang mengakibatkan jambangnya hilang, rosak atau cacat.

Dr. Soleh bin Muhamad al-Fawzan dalam kitabnya al-Jarahah al-Tajmiliyyah  memberi pandangan dalam beberapa keadaan berikut:

1. Keadaan janggut atau jambang lambat tumbuh secara semulajadi, maka tidak harus melebatkannya dengan cara menanam janggut/jambang:

– Maksud memelihara janggut atau jambang yang tumbuh seperti yang diperintahkan ialah membiarkan janggut tanpa mencukur atau memotongnya yang mana di dalamnya tiada perintah untuk melebatkan janggut dengan cara menanam. Oleh itu berdasarkan hujah ini, tidak disyariatkan untuk menambah-nambah mahupun melebatkan janggut atau jambang dengan apa – apa rawatan seperti menanam jambang. Bahkan proses menanam jambang lebih baik ditegah disebabkan kesan serta risiko rawatan.

– Proses menanam janggut/jambang tidak ada keperluan sehingga mengubah ciptaan Allah SWT yang hanya semata – mata untuk kesempurnaan penampilan imej wajah tertentu bagi kaum lelaki.  Justeru itu, tidak patut membenarkan sebarang perubahan ciptaan tersebut dengan terdedah pada risiko dan implikasi bahaya  rawatan dalam proses menanam jambang.

– Keadaan janggut yang tidak lebat mahupun gugur disebabkan sakit atau kemalangan, maka hal tersebut dibenarkan menanam janggut kerana termasuk dalam kategori merawat masalah serta menghilangkan kerosakan atau aib terutamanya apabila memberi implikasi kepada penampilan lelaki yang tampak cacat dengan syarat bagi tujuan pembedahan rawatan bukannya pembedahan kosmetik.

TAK BOLEH UBAH FITRAH ASAL & HANYA PERUBATAN

Mencipta jambang baru seolah-olah tidak menunjukkan keaslian penampilan wajah secara fitrah. Sesungguhnya fitrah asal penciptaan berdasarkan kehendak-Nya dan setiap penciptaan itu pasti mempunyai hikmah yang tersendiri berdasarkan firman Allah SWT:

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِیۤ أَحۡسَنِ تَقۡوِیم

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya.”

Doktor kecantikan dan perubatan yang pakar dalam dalam bidang tersebut dinasihatkan agar mengenal pasti pelanggan yang datang untuk menanam jambang.

Pakar hanya boleh menerima pelanggan yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak, iaitu tujuan penyembuhan penyakit atau menghilangkan aib.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×