Sihat

Alamak! Saiz Zakar Yang Dah Mantap Boleh Mengecil Bila Berat Badan Dah Overweight? Risau…

2
SHARES
saiz normal zakar

Baru-baru ini menjadi perbualan ramai apabila satu statistik menunjukkan kiraan saiz normal zakar lelaki di dunia. Lebih mengejutkan, apabila hasil keputusan kajian menunjukkan lelaki di Malaysia berada pada kedudukan 10 terbawah iaitu nombor 79 daripada 87 buah negara dari segi saiz zakar. Bawah sangat tu!

Jadi, ramai yang tertanya-tanya apakah saiz normal bagi zakar lelaki dan adakah lelaki gemuk atau berbadan besar pun akan terkesan mempunyai zakar bersaiz kecil hanya kerana berat badan semata-mata?

SAIZ NORMAL ZAKAR: APA KAITAN OVERWEIGHT DENGAN ZAKAR KECIL?

saiz normal zakar

 

Tahukah anda bahawa menurut NHS, anggaran normal saiz zakar lelaki adalah 5.16 inci semasa tegang. Namun, ramai juga yang bersangka bahawa saiz zakar lelaki yang berbadan besar atau ‘overweight’ akan kelihatan kecil.

Kajian dari pakar urologist United Kingdom juga mengatakan bahawa berat badan memainkan peranan dalam mengakibatkan kondisi zakar menjadi kurang sihat dari orang lain. Ini juga boleh menaikkan risiko zakar tidak dapat berfungsi dengan baik terutama sekali untuk memberi zuriat.

Maknanya zakar orang berbadan besar atau gemuk ini akan mengecut dan semakin kecil ke? Tidak begitu, sebenarnya apabila anda berbadan besar, ini akan menampakkan keadaan zakar kecil dari saiz yang asal. Ini merupakan antara proses illusi apabila bahagian perut lelaki tersebut akan menutup hampir setengah permukaan yang menampakkan zakar mereka.

Dianggarkan juga setiap 40-50 pound berat yang bertambah dalam badan akan menutup penampakkan zakar dan akan nampak semakin kecil. Hal ini kerana, terlampau banyak lemak-lemak jahat berkumpul di bahagian bawah perut atau dipanggil ‘pubic pad’ akan jatuh dan lindung bahagian sulit lelaki. Walaupun sudah panjang 6 inci, tetap akan nampak seperti 4-5 inci sahaja ketika tegang.

Perlu juga anda ambil berat soal berat badan berkait dengan fungsi zakar adalah, apabila anda mengalami obesiti, saluran darah akan lemah kerana penuh dengan lemak. Inilah yang menjadikan proses tegang dan ejakulasi tidak kuat dan berkualiti. Mungkin, lama-kelamaan zakar anda juga tidak akan menjadi 6 inci seperti apa yang diidamkan ramai lelaki.

MACAM MANA NAK BUAT KALAU TAK NAK ZAKAR KECIL?

saiz normal zakar

Berbalik kepada soal berat badan, ramai yang akan mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan supaya zakar kembali kelihatan normal. Ini adalah jalan yang terbaik! Untuk mendapatkan ‘kepanjangan’ zakar yang diidamkan oleh semua lelaki, amat penting untuk dapatkan nasihat pakar sebelum memulakan diet terutama sekali buat anda yang sudah lama berbadan besar.

Bukan itu sahaja, ada cara-cara lain yang boleh dicuba seperti:

1.Makan makanan yang sihat – Jangan terlampau banyak mengambil makanan berlemak dan manis, lebihkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

2.’Portion kecil’- Kalau risau lapar, boleh sahaja makan dalam portion kecil dan makan secara kerap.

3.Bersenam- Apa lagi yang boleh bantu kurangkan berat badan kalau tidak bersenam bukan? Tak payah susah-susah, hanya berjalan selama 30 minit sehari pun dah cukup.

4.Kesihatan zakar- Dapatkan nasihat pakar untuk anda sihatkan bahagian zakar, bukan sahaja elak nampak kecil malah kesihatan fungsi zakar tersebut.

*Boleh check saiz sekarang sebelum terlambat!

Sumber: Lybrate.com, Express.co.uk

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×