Sihat

Badan Sado Tapi Ada Masalah Kesuburan? Ini 8 Makanan Bantu Menambah Kualiti Sperma!

21
SHARES
makanan untuk kesuburan lelaki

Setiap pasangan suami isteri pasti mempunyai impian yang sama iaitu dikurniakan zuriat hasil benih cinta lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, tidak semua orang dikurniakan rezeki seawal perkahwinan dan ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat.

Biasanya, masalah ini sering dikaitkan dengan isu dalaman wanita tetapi tahukah anda sebenarnya kualiti sperma dan tahap kesuburan lelaki juga memainkan peranan penting? Lelaki di luar sana, anda dinasihatkan agar amalkan 8 makanan untuk kesuburan lelaki seperti di bawah supaya mampu menghasilkan sperma yang berkualiti.

Baca juga: Oopss! ‘Bebird’ Suami Tak Naik, Jangan Biarkan Bantu Si Dia Dengan Cara Ini

AMALKAN 8 MAKANAN UNTUK KESUBURAN LELAKI & KUALITI SPERMA

MAKANAN UNTUK KESUBURAN LELAKI

1. BAWANG PUTIH 

Bawang putih mengandungi vitamin dan nutrien yang mampu membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Kajian juga mendapati bahawa bawang putih boleh melindungi sperma daripada rosak disebabkan rawatan kemoterapi.

Jadi, jangan lupa tambah bawang putih dalam masakan!

2. KACANG WALNUT

Walnut kaya dengan omega 3, folat, B6, zink dan antioksidan. Dua vitamin B iaitu folat dan B6 sangat membantu dalam menambah air mani lelaki.

Folat penting untuk kesuburan lelaki kerana folat diperlukan untuk sintesis dan replikasi DNA yang betul. Apabila tahap folat rendah, ia akan mengurangkan kualiti sperma.

3. TOMATO 

Kajian mendapati bahawa pengambilan 4 mg likopena setiap hari (jumlah yang terdapat dalam tomato bersaiz sederhana) meningkatkan jumlah sperma lelaki secara purata sebanyak 22 juta/ml, motilitas mereka sebanyak 25%, dan morfologi 10%.

MAKANAN UNTUK KESUBURAN LELAKI

4. IKAN SALMON & SARDIN

Kaya dengan asid lemak omega 3, ikan salmon dan sardin antara makanan yang mampu meningkatkan jumlah air mani lelaki. Kalau nak tahu, omega 3 adalah salah satu daripada 10 vitamin dan suplemen terbaik untuk meningkatkan jumlah sperma jadi jangan lupa amalkan.

Salmon dan sardin juga mengandungi vitamin B 12, arginine, dan asid aspartik yang turut bantu meningkatkan jumlah sperma.

5. BAYAM

Sayur-sayuran hijau tinggi folat mampu membantu meningkatkan kualiti sperma. Brokoli, pucuk brussel dan kacang polong juga merupakan sumber folat yang baik untuk anda amalkan setiap hari dalam memastikan jumlah sperma meningkat.

6. TELUR

Seperti mana kita tahu, telur kaya dengan vitamin E yang dapat membantu meningkatkan jumlah sperma. Selain itu, telur juga mampu melindungi sel sperma.

MAKANAN UNTUK KESUBURAN LELAKI

7. TIRAM 

Tiram mengandungi jumlah zink yang paling banyak dan merupakan sumber vitamin B 12 dan Vitamin D. Ini menjadikan tiram sebagai salah satu makanan teratas untuk meningkatkan jumlah sperma lelaki.

Vitamin B12 memainkan peranan penting dalam perkembangan sperma. Kajian mendapati bahawa vitamin B12 boleh membantu meningkatkan kiraan sperma, motilitas sperma, dan kualiti sperma keseluruhan.

Selain vitamin B12 dan D, tiram juga mengandungi kepekatan selenium tinggi yang terbukti mampu meningkatkan aspek kesuburan lelaki.

8. KURMA

Kajian mendapati antioksidan, selenium, zink, omega 3, koenzim (CoQ10), karnitin amat membantu dalam meningkatkan kualiti sperma lelaki. Penyelidik di Nigeria mendapati kurma dapat membantu meningkatkan kualiti sperma daripada segi bentuk dan kelajuan.

Untuk kaum lelaki, boleh mula amalkan makanan di atas untuk meningkat kesuburan dan menambah jumlah sperma. Selamat mencuba!

Sumber: CNY Fertility, Fertility Family, Harian MetroUChicago Medicine

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×