Sihat

Suami Baru Tahu Alami ‘Azoospermia’ Lepas 5 Tahun Berkahwin, Rupanya Air Mani Tiada Benih

359
SHARES

Tidak semua dalam kalangan pasangan yang sudah berkahwin akan terus dikurniakan zuriat dalam masa terdekat. Ada yang perlu menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat dan ini juga menimbulkan pelbagai persoalan dalam diri setiap pasangan. Apa yang menyedihkan adalah, ramai pihak akan menyalahkan kaum wanita yang dikatakan ‘mandul’ kerana tidak boleh mengandung.

Namun tahukah anda, isu kegagalan hamil ini sebenarnya bukanlah semata-mata berpunca daripada kelemahan wanita, malah sebaliknya lelaki juga berisiko akan menghidapi masalah yang hampir serupa. Mari baca perkongsian oleh pengamal perubatan seksual dan reproduktif, Dr. Ahmad di Twitter ini.

LEPAS 5 TAHUN KAHWIN, SUAMI BUAT UJIAN SPERMA…

Sehubungan itu, Dr. Ahmad menjelaskan, tindakan susulan bagi masalah ini adalah bergantung pada keadaan testis (zakar) itu sendiri.

“Perlu disiasat apa puncanya air mani tanpa benih sperma. Sama ada tersumbat, masalah hormon lelaki atau kerosakan pada testis itu sendiri yang gagal menghasilkan sperma.”

“Jika kerosakan pada testis, maka kesan ini ialah permanent,” Menyentuh tentang kerosakan testis, terdapat banyak situasi yang memungkinkan masalah tersebut boleh berlaku. Jelas Dr. Ahmad lagi, punca kerosakan pada testis kebanyakannya melibatkan keadaan fizikal yang dialami pesakit itu sendiri.”

“Kerosakan testis boleh berpunca daripada antaranya kecederaan yang lepas seperti kemalangan, testis terdedah dengan panas seperti pemakaian seluar ketat dan aktiviti sukan panas seperti cycling, marathon etc.

“Ia juga boleh berpunca daripada pengambilan anabolic steroid oleh ahli bina badan tanpa pemantauan, terdedah dengan bahan toksik seperti racun dan heavy metals terutama di tempat kerja, dan sebab lain ialah masalah genetic sejak lahir,” jelasnya lagi.

DAPAT PERHATIAN WARGANET

Perkongsian doktor ini mendapat perhatian segenap warganet di media sosial. Lantaran ciapannya itu, ramai warganet memberi pendapat masing-masing berkenaan ujian sperma ini yang dikaitkan dengan isu wanita gagal hamil.

Merujuk kepada isu yang dibangkitkan, laman portal perubatan Hello Doktor pernah menerbitkan artikel tentang masalah sperma azoospermia sebelum ini.

Apa itu masalah sperma azoospermia?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu tentang perkara ini terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda, azoospermia adalah kondisi yang merujuk kepada keadaan air mani lelaki yang tidak langsung mempunyai sperma.

Terdapat 2 jenis azoospermia iaitu:

1.Obstructive Azoospermia(OA)

Ia merupakan kondisi sperma dihasilkan dengan normal di dalam testis tetapi terdapat halangan yang menyebabkan sperma tidak dapat dikeluarkan.

2.Non-Obstructive Azoospermia (NOA)

Ia merupakan kondisi penghasilan sperma yang sangat sedikit atau tiada langsung penghasilan sperma.

Cara untuk mengetahui sama ada anda menghidapi kondisi ini adalah dengan melakukan ujian sperma setelah beberapa bulan atau tahun mencuba untuk mendapat anak namun belum berjaya. Dalam kebanyakan kes, masalah azoospermia mungkin akan dapat diselesaikan dengan menjalani ujian sperma untuk mengetahui masalah sebenar.

Caranya, sperma lelaki akan ditarik keluar daripada testis menggunakan kaedah pembedahan yang seterusnya akan menentukan rawatan selanjutnya.

Apakah kaedah tersebut?

Buat anda yang belum tahu, ia dikenali sebagai pembedahan pengambilan sperma atau surgical sperm retrieval (SSR). Terdapat beberapa teknik atau prosedur yang mungkin akan dilakukan oleh doktor bergantung kepada tahap keterukan dan kesihatan lelaki termasuklah:

1. Testicular Sperm Aspiration (TESA)

Prosedur ini dilakukan dengan cara menyuntik jarum picagari ke dalam testis untuk menarik keluar tisu dan sperma dari situ. Kemudian, sperma terbabit akan dianalisis oleh pakar andrologi dan disimpan menggunakan teknik tertentu untuk digunakan.

Individu yang sesuai menjalani TESA adalah lelaki yang diyakini mempunyai sperma dalam testis pada kuantiti dan kualiti yang dirasakan agak baik dan boleh menghamilkan pasangan.

2. Testicular Sperm Extraction (TESE)

Prosedur ini dilakukan dengan cara yang agak serupa dengan TESA namun memerlukan sedikit hirisan untuk mendedahkan tisu testis.

TESE adalah prosedur yang akan digunakan oleh doktor untuk mengenal pasti sama ada wujud atau tidak sperma pada testis lelaki. Individu yang sesuai menjalani TESE adalah lelaki yang diyakini mempunyai sperma dalam testis namun tidak boleh menjalani prosedur percutaneous ekoran parut pembedahan sebelum ini.

3. Microscopic Testicular Sperm Extraction (microTESE)

Prosedur ini dilakukan dengan cara yang agak serupa dengan TESE namun lebih komprehensif dan dengan penelitian yang lebih dalam. Pembedahan microTESE dijalankan dalam tempoh masa yang agak lama untuk mengenal pasti kewujudan sperma di dalam testis lelaki.

Ia memerlukan hirisan yang lebih besar berbanding TESE dan akan mendedahkan keseluruhan tisu kedua-dua belah testis lelaki. Menggunakan mikroskop pembedahan, doktor akan mencari sperma yang mungkin sangat sukar ditemui di dalam tisu testis lelaki.

Individu yang sesuai menjalani microTESE adalah lelaki yang diyakini mengalami masalah non-obstructive azoospermia, lelaki dengan masalah kuantiti sperma pada pemetaan FNA serta lelaki yang mahu melakukannya untuk menemui sperma terbaik.

4. Percutaneous Epididymal Sperm Aspiration (PESA)

Prosedur ini dilakukan dengan cara yang agak serupa dengan TESA, caranya adalah mengeluarkan sperma dari epididimis yang lebih matang dan lebih mungkin berupaya untuk bertahan selepas disimpan.

Individu yang sesuai menjalani PESA adalah lelaki yang diyakini mengalami masalah obstructive azoospermia atau lelaki yang pernah melalui prosedur vasektomi dan inginkan hirisan yang minimum sahaja.

5. Microscopic Epdidymal Sperm Aspiration (MESA)

Prosedur ini dilakukan dengan cara mengeluarkan sperma yang terdedah secara langsung dengan menggunakan mikroskop pembedahan. Walaupun prosedur ini memerlukan hirisan, kebiasaannya ia akan membenarkan sejumlah besar kuantiti sperma untuk dikeluarkan.

Adakah anda adalah salah seorang lelaki yang mempunyai masalah sperma terutamanya azoospermia? Segera jalani ujian sperma bersama pakar kesuburan berdekatan anda dan berkonsultasi dengan mereka untuk mencari penyelesaian yang terbaik.

Sumber: Hello Doktor, Dr. Ahmad RZ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×