Sihat

7 Posisi Senggama Orang Perempuan Paling Suka, Tak Payah Malu-Malu Minta Suami Cuba!

45
SHARES
posisi seks

Ayat yang berbunyi ‘seks ibarat dadah’ terpakai kepada hampir semua orang. Suami dan isteri sangat menikmati aktiviti yang menyeronokkan ini dengan melakukan pelbagai posisi seks. Namun, mencapai kepuasan seksual isteri ketika bersetubuh, sebenarnya tidak semudah itu kerana anda perlu pandai menerokai titik sensitifnya.

Jadi, jika anda pasangan baru atau pasangan lama yang bosan dengan gaya seperti missionary, mari cuba tujuh posisi seks lain kegemaran wanita yang mungkin anda belum cuba!

Baca juga: Cik Abang, Ini 5 Cara Betul Basuh ‘Barang Dalam Seluar’, Bukan Main Sembur Air Saja Tau!

POSISI SEKS KEGEMARAN WANITA

posisi seks

Gambar: Minet

1. Kedudukan berdiri

Posisi berdiri adalah salah satu posisi seks yang disukai wanita kerana secara langsung merangsang biji kelentit (klitoris). Caranya sebegini:

  1. Isteri akan berdiri betul-betul di tepi katil, kemudian berhadapan dengan suami melakukan penetrasi dari depan.
  2. Selepas itu, kaki isteri akan melilit pada badan suami.
  3. Suami dalam keadaan berdiri tegak sambil memegang punggung untuk menyokong badan isteri.
  4. Jika suami tidak cukup kuat untuk memeluk isteri dalam gaya ini, isteri boleh berdiri di birai katil tanpa perlu diangkat.

Kedudukan ini sesuai untuk menamatkan hubungan seksual kerana lelaki memerlukan tenaga yang cukup banyak. Atas sebab ini, cuba lakukan 30-60 saat sebelum anda dan pasangan hampir orgasme.

2. The Standing Dragon

Kedudukan ini juga dikenali sebagai Crouching Tiger, sesuai untuk merangsang G-spot. Lebih-lebih lagi suami boleh melihat lekuk punggung wanita yang akan menambahkan lagi erotisme ketika bercinta. Cara melakukan The Standing Dragon:

  1. Suami berada dalam posisi berdiri dan melakukan penetrasi dari belakang.
  2. Manakala, isteri berada dalam posisi merangkak di tepi katil dengan pinggang dan punggung terangkat sedikit.
  3. Bagi meningkatkan keghairahan, gunakan kaki anda untuk mengapit kaki isteri yang tergantung. Melalui cara ini faraj akan lebih mengetatkan.

3. The Pillow Driver

The Pillow Driver adalah posisi seks yang disukai wanita dengan memasukkan bantal ke dalam pelvis mereka. Posisi ini merupakan sebahagian dari gaya missionary. Bagaimanapun, The Pillow Driver perlu mengekalkan hubungan mata dan badan supaya seks kekal sengit.

  1. Caranya sama seperti gaya missionary, tetapi ditambah bantal yang agak tebal di bawah punggung isteri. Ini supaya pelvis naik lebih tinggi dan mengubah sudut penembusan, supaya sensasi yang dirasai jelas berbeza.
  2. Sementara suami merehatkan badan dalam kedudukan tekan tubi yang menggunakan tangan sebagai penahan.
  3. Bagi menarik perhatian isteri, anda boleh mencium bahagian leher atau dadanya.

Baca juga: 10 Sebab Isteri Susah Capai Klimaks, Janganlah Cik Abang Marah-Marah!

4. Wheelbarrow (kereta sorong)

posisi seks

Gambar: freepik

Posisi ini dilakukan seolah-olah menolak kereta sorong dan lelaki dalam keadaan berdiri. Caranya:

  1. Minta isteri baring seperti posisi meniarap dan angkat pelvisnya ke paras pinggang.
  2. Pegang kakinya semasa penetrasi.
  3. Suami juga boleh meramas punggung dan pelvis isteri sekali-sekala untuk membantu mencapai klimaks.

Bagi pasangan baru yang ingin cepat mendapat zuriat, kedudukan Wheelbarrow ini adalah dicadangkan. Selain disukai isteri, kedudukan ini membolehkan penetrasi dalam yang boleh mendekatkan sperma untuk sampai ke rahim.

5. The Spider (labah-labah)

The spider ialah posisi seks boleh dicuba yang masih memberikan perasaan yang sengit. Ia dipanggil kedudukan labah-labah kerana kedua-dua pasangan suami isteri duduk berhadapan antara satu sama lain dengan kaki bengkok seperti labah-labah.

  1. Ajak pasangan untuk duduk di atas katil dengan kaki menghadap satu sama lain.
  2. Manakala, tangan di belakang badan antara satu sama lain untuk menyokong badan.
  3. Bagi menjadikan pergerakan semasa penetrasi lebih mudah, isteri boleh menaikkan sedikit pinggul bersama-sama.
  4. Semasa isteri sibuk bergerak, cuba bermain dengan kelentit atau terokai kawasan sensitif yang disukainya untuk meningkatkan sensasi bercinta.
  5. Jika bahu berasa letih, tarik pasangan anda dan duduk, kemudian tukar posisi kepada isteri di atas.

Baca juga: Ini 3 Punca Suami Lambat Pancut Sampai Isteri Penat Menunggu, Penyakit Ini Ramai Tak Tahu!

6. Hot seat

Dalam keadaan duduk, tetapi isteri membelakangi suami ketika melakukan posisi Hot Seat. Kedudukan ini sangat baik untuk merangsang kawasan klitoris atau G-spot, yang boleh mempercepatkan orgasme pada wanita.

  1. Suami duduk di tepi kerusi, sofa, atau katil.
  2. Manakala isteri duduk di atas suami dengan membalikkan badan, dengan duduk di antara kedua-dua kaki pasangan.
  3. Gerakkan pinggul ke atas dan ke bawah atau ke belakang dan ke hadapan sambil berpegang pada tangan suami atau lengan kerusi.
  4. Jika penetrasi terasa agak sukar, cuba lengkungkan sedikit punggung anda ke arah muka suami itu, kemudian tekan punggung anda lebih dalam ke pangkal paha pasangan.

Kelebihan melakukan posisi Hot Seat ini ialah si isteri dapat mengawal pergerakan dan menjadikannya posisi terbaik untuk pasangan. Bagi mencapai lebih sensasi, suami boleh menerokai kawasan kelentit dan juga payudara.

7. Face off (duduk berhadapan)

Posisi face off ini menambahkan kemesraan pasangan kerana saling bersemuka. Menurut Men’s Health, kedudukan ini adalah sama selesa untuk suami dan isteri walaupun dilakukan dalam sesi yang lama.

  1. Suami duduk di tepi kerusi, sofa atau katil, pastikan kaki anda betul-betul di atas lantai.
  2. Kemudian, isteri duduk di atas ribanya menghadap muka pasangan.
  3. Bagi memastikan badan stabil dan tidak jatuh, letakkan lengan anda di belakang isteri seperti pelukan.
  4. Begitu juga, isteri meletakkan lengan di belakang leher pasangan.
  5. Isteri boleh meneroka dengan menggerakkan pinggul ke atas dan ke bawah atau ke depan dan ke belakang.
  6. Jika anda mahu penetrasi lebih cepat, minta suami untuk membantu mengangkat punggung anda.

Kelebihan melakukan posisi seks Face Off ialah ia memberikan keselesaan untuk tempoh yang lebih lama. Selain itu, terdapat banyak kawasan yang boleh diterokai untuk mencapai klimaks dengan lebih cepat.

Juga, terdapat banyak titik rangsangan dan kawasan sensitif yang boleh diterokai oleh suami seperti leher, bahagian atas badan dan payudara.

Baca juga: Auch, Rasa Perit Masa Senggama? Ini 8 Punca Vagina Kering, Patut Sakit Semacam!

Sumber: CNN Indonesia

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×